Kanser usus merupakan antara kanser yang tertinggi di Malaysia. Juga merupakan kanser kedua tertinggi dalam kalangan kaum lelaki di Malaysia. Walau bagimanapun, kanser usus mempunyai peluang untuk pulih meskipun berada pada tahap ke empat dengan menjalani beberapa rawatan yang disarankan oleh pakar. Secara amnya, kanser usus adalah kanser yang menyerang usus besa (konon, recktum dan anus). Sumber dari Malaysian Medical Gazete . Dari sudut saintifik, mengikut panduan American Collage of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat yang menghidap kanser usus pada usia sebelum 60 tahun, kemungkinana besar anda juga akan mengalaminya. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi. Berdasarkan data yang diperolehi, individu tersebut berisiko seawal umur 40 tahun dan digalakkan untuk menjalani pemeriksaan awal. Pakar Toksikologi dan Makanan dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmad Faizal Abdul RAzis