CARA BUAT ROTI SIMPLE & GEBU
Mini Roti yang boleh dijadikan sebagai sarapan atau minum petang.
Alhamdulillah....
Hari ini diberi kesempatan untuk menghadiri kelas Bengkel Bakery Roti & Donut anjuran Pembangunan Usahawan Melaka. Hehee....sesekali mencari ilmu lain pula untuk dipelajari. Memang best la...
Selain mereka mengajar bagaimana dengan membuat Roti & Donut dapat menjana pendapatan sampingan, kami juga diajar cara mengira kos modal & keuntungan. Peh! Tak sia-sia pergi kelas hujung-hujung minggu ne. Banyak ilmu dapat dan boleh dipraktikkan.
Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Roti & Donut.
BAHAN-BAHAN
------------------------
100ml Air suam
50gm Marjerin(pelangi)
250gm Tepung segera
7gm yis (setengah paket ýis mauripan tu...)
50gm gula
1biji telur
Sedikit Tepung gandum jenama Ross
CARA MEMBUAT ROTI & DONUT
-------------------------------------------------
1. Masukkan yis & gula ke dalam air suam (biarkan sehingga yis mengeluarkan buih)
2. Masukkan marjerin, telur ke dalam tepung (gaul hingga sebati)
3. Masukkan bahan 1 ke dalam bahan 2 ( gaul hingga sekata)
4. Taburkan sedikit tepyng gandum ke atas loyang, kemudian letakkan doh diatasnya.
5. Uli doh (seperti mak-mak kite dulu basuh baju guna tangan tu...hehe...) tolak dan tarik ke tepi lalu bawa kebahagian bawah. Ulang sehingga doh menjadi licin & tidak melekat. Doh diuli mengenai tepung yg ditabur, jika masih lekit anda boleh tabur lagi tepung diatas loyang(bukan atas doh tau...)
6. Jika telah licin & tidak melekat, letakkan doh didalam bekas dan biarkan ia kembang ( doh dlm bekas letak dihadapan oven yang sedang dipanaskan untuk pastikan yis bertindakbalas)
7. Setelah kembang, bahagikan doh kepada dua. 1 utk roti 1 utk donut.
8. Cubit doh dan gentel kecil. Nak letak isi boleh, tak letak pun takpe...ikut selera masing-masing. Susun atas loyang dan bakar.
9. Utk donut gentel dan gelek sedikit kemudian tekap guna alatan donut. Sedia utk digoreng. Dressing itu suka korang la nak letak apa lepas tu hehe...
Jom kita tengok gambar pula☺😊
Bahan yang diperlukan (ne bahan masa belajar hari tu hehee...)
Tepung segera yang digunakan masa belajar...
Jom kite mulaaa.... :)
Sukat campuran gula & yis dalam air
Menguli ler kitee....
Ha...masa ne la kita nak bagi yis bertindakbalas pada suhu panas
(nak bagi kembangkan doh)
Lepas dah kembang cubit kecik-kecik.
Yang ne dalam dia ada isi (ikut korang la nak isi apa pun)
Roti pintal (korang buat macam buat tocang tu)
ne cara nak buat tocang tu, gelek 7 potong 3 baru buat tocang..
yang ne bila kita gnakan sosej...balut sosej dengan doh, lepas tu potong jangan bagi utus doh then tarik ke kiri kanan...
yang ne gelek memanjang then balut je kan kon burn tu...
Taraaaa....ne antara burn cup yg dah siap bakar..
contoh lain yang anda boleh buat..
Antara hasil kami belajar..
yang ne hasil saya buat dirumah...hehee..
Ok.
Selamat mencubanya semua..
Comments
Post a Comment