BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM
Tak kira la anda pemegang atau pengguna setia mana-mana kad ATM pun (eh! memangla dah ada mesti guna, kalau tak lagu mana nak keluaq duit hehee.......)
PLEASE!
TOLONG!!
Berhati-hati!
Sebabnya pada kad ATM anda ada CIP, dimana ia mengandungi semua maklumat peribadi anda. Bukan itu sahaja, setiap apa yang tertera pada kad tersebut bukanlah dicipta untuk sekadar hiasan semata. Tetapi ada fungsinya.
Contohnya, anda pasti perasan dengan 12 digit no yang memenuhi ruang hadapan kat ATM anda. No tersebut hanya berkait dengan no akaun anda sahaja, jadi jangan la senang-senang nak bagi dekat orang lain. Nanya hidup beb!...tambah-tambah kalau anda juga memberikan no di belakang kad anda, memang sadakhallahulazim la jawabnya.
Ini selalu terjadi bila anda dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali, dan menawarkan sesuatu sama ada insurans ke, loan ke, apa-apa je la....dan mereka meminta anda untuk membacakan no 12 digit tersebut, kemudian meminta juga no dibahagian belakang kad. Sungguh! Itu PENIPUAN terancang. PLEASE tolong berhati-hati.
Lagi satu, anda perasankan nombor 4 digit berpalang tengah. Itu namanya TARIKH LUPUT kad anda. So sebelum anda salahkan mesin sebab tak boleh nak buat urus niaga anda atau lebih parah anda cipta dosa sendiri dengan menyalahkan majikan sebab tak bagi gaji. Baik lupakan hasrat tersebut. Anda semak balik kad anda. Lihat tarikh luputnya bila. Kemudian pergilah mana-mana bank berkaitan yang berdekatan untuk urusan penukaran kad baru...(sebabnya saya dah terkena semalammm...huhuu...sadis...sobsob..)
Ha!
Ada lagi 1. Perasan tak mulai tahun ini, ada beberapa bank yang menyarankan kepada pemegang kadnya untuk melakukan penukaran dimana-mana sahaja cawangan berhampiran. So ikut je la saranan tersebut sebab sistem perbankkan negara kita sedang melakukan penaiktarafan terhadap semua bank di Malaysia. Contoh yang jelas seperti MAYBANK. Sesiapa yang biasa dengan urusan jual beli internet anda mungkin menghadapi masalah jika mengendahkan saranan tersebut.
Apa-apa pun kepada semua, sila sayangi kad anda. Simpan dan guna dengan bijak ya...(tapi kalau duit dalam bank tak nak sayang boleh je transfer kat saya hehee...)
Kalau dedah no kad bank dan cvc sbb terpedaya dgn scammer.. Then da batalkan kad.. Online banking masih bole berjalan ke??
ReplyDeletekalau dh kena dgn scammer..terbagi gmbr kad bank dpn dan blkng kad ..mcm mna ? ðŸ˜
ReplyDelete