Posts

Showing posts from July, 2015

5 Langkah Pencegahan Kolestrol

Image
KOLESTROL Pasti ramai yang tahu dan mungkin ada yang masih keliru tentang kehadiran kolestrol dalam tubuh kita. Kolestrol adalah lebihan lemak yang biasa tubuh akan perolehi dari sumber makanan yang diambil. Kolestrol tidak boleh bergabung dalam darah kecuali ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil sebagai lipoprotein. Terdapat dua jenis kolestrol iaitu lipoprotein berketumpatan amat rendah (VLDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HLD).  Kolestrol LDL terhasil dari metabolisme kolestrol VLDL dalam salur darah. Ia dikenali sebgai kolestrol JAHAT. Manakals kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol BAIK. LDL yang baik dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah sempit akibat kolestrol yang melekat dapa diding salur darah. Secara tindak langsung ia banyak menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung, darah tinggi dan strok. 5 LANGKAH PENCEGAHAN KOLESTROL 1. Walaupun anda bertubuh sederhana atau kurus usah fikir tubuh anda senti

Amalan ringkas di Hari Raya

Image
Alhamdulillah..tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ok entry hari ini yang akan saya sharekan adalah amalan-amalan ringkas dan menurut Islam dalam meraikan Hari Raya. 1. Meraikan awal Syawal dengan mandi sunnat Aidilfitri diwaktu pagi sebelum keluar rumah menunaikan solat Aidilfitri. 2. Menjamah makanan sebelum keluar. Adalah digalakkan untuk umat Islam mengambil sedikit makanan sebagai alas perut sebelum menunaikan solat Aidilfitri. (takut-takut nanti ade pulak perut yang berbunyi masa solat hehee..) 3. Memperbanyakkan takbir. Takbir boleh dibaca selepas solat Maghrib malam raya. Jadi malam raya tu sepatutnya kita dah boleh perbanyakkan takbir. Sambil-sambil pasang langsir ke, buat kuih raya ke, boleh je mulut pun terus -terusan bertakbir. 4. Mengucapkan selamat dan mendoakan. Setiap umat Islam digalakkan untuk mengucapkan selamat atau kata-kata doa kepada saudaranya yang lain.  5. Memaka

Punca rambut gugur

Image
Assalamualaikum semua. Kali ne saya nak kongsikan sedikit cerita diri sendiri berkenaan rambut gugur. Biasa kita dengan ibu hamil atau yang telah bersalin sering mengalami gambur gugur. Tetapi hakikatnya semua orang akan mengalami rambut gugur. Secara puratanya manusia akan mengalami keguguran rambut sebanyak 50 - 100 helai rambut sehari. Ini dikira normal oleh kebanyakkan pakar. Tetapi jika anda mendapati setiap kali bangun tidur terdapat banyak rambut gugur atau ketika menyikat rambut anda dapati segenggam rambut berada disikat itu luarbiasa.  Ketika saya berlajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS), ini merupakan kali pertama saya tinggal luar dari rumah mak hehee....Entah macam mane dalam minggu pertama lagi dah perasan. Setiap kali bangun tidur rambut mesti banyak atas bantal. Mula-mula buat tak tau je...tapi lama-lama jadi risau pulak. Dah kenape?...ade sakit ke aku ne?....So bila kaji-kaji baru perasan rupa-rupanya saya sangat alah dengan air. Ya air disana (tempat pen

Cara atasi masalah bengkak gusi

Image
Bengkak gusi sering menjadi igauan ngeri Bengkak gusi seringkali menyerang kebanyakkan daripada kita. Kehadirannya yang dapat dirasai dengan kesakitan yang menyucuk-nyucuk sehinggakan kadangkala menarik dibahagia kepala. Sebab itu, biasanya orang berkata 'berhati-hati dengan orang yang sedang mengalami sakit gigi atau gusi'. Boleh jadi gaduh! Heheee.... Ok. Berbalik kepada bengkak gusi. Ia terjadi disebabkan berberapa faktor, antaranya:- 1. Ginggivitis. Ginggivitis atau radang gusi adalah antara penyebab utama bengkak gusi. Ia terjadi apabila kebersihan mulut sering diabaikan. Apabila ini berlaku sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi akan membentuk plak yang disebabkan oleh bakteria. Plak yang terlalu lama atau melebihi 3 hari boleh menyebabkan terhasilnya karang gigi dan bila ia tertumpul akan menyebabkan radang gusi serta akhirnya akan membawa kepada bengkak gusi. Karang gigi sangat sukar dibersihkan walaupun kita menggunakan flossing. 2. Kehami

MURAH & PERCUMA DI BULAN PUASA DAN MENJELANG SYAWAL

Image
oh!!..oh!!! wait...wait....aarrr!!! Dalam hidup ni agak-agak ade ke orang yang tak nak bende MURAH? apatah lagi percuma ? kan..kan...mesti semua pun berebut-rebut punya! yeah!! hehee... So kali ne nak bagi tau sesuatu yang 'MURAH' & 'PERCUMA' ha...nak tau tak ape dia?.... JUALAN MURAH!!!!! JUALAN MURAH!!!! biasa dengan peniaga-peniaga melaungkan kata-kata beginikan?.... ini betul-betul menunjukkan yang mereka sedang melakukan JUALAN MURAH tersebut. So kali ne saya akan perkenalkan :- APA YANG MURAH????? * VIVIX ~ ape bende tu? ~ ne lah satu-satunya revolusi yang dihasilkan oleh syarikat S bertaraf antarabangsa dengan melalui kajian secara klinikal dan formula nutrisi terbaik POLIFENOL. * MURAH ~ LESS  5% kot untuk belian 2 botol VIVIX APA YANG PERCUMA???? * dengan setiap pembelian 2 botol VIVIX anda akan dapat PERCUMA keahlian !!!! Daftar ahli je dah RM79! ne nak bagi percume je!!!! takkan tak nak kott.

Tips Atasi Gastrik di bulan Puasa

Image
Gastrik yang menyakitkan!!!! Gastrik adalah limpahan asid penghadaman yang berlebihan dalam perut. Sakit ulu hati pula ialah kesan otot gegelang yang bertindak sebagai injap di sempadan antara saluran pemakanan dengan perut menjadi lemah dan tidak tertutup rapat, menyebabkan asid pencernaan tersimbah keluar sedikit ke salur pemakanan. TIPS ATASI GASTRIK DI BULAN PUASA 1. Makan sahur dengan makanan berkarbohidrat, protein dan lemak yang seimbang. <Pastikan anda tidak makan bersulam dengan minuman> 2. Minum air suam selepas makan nasi. <Jangan sesekali minum air sejuk atau ais!!! ini akan menyebabkan perut anda menegang.> 3. Elakkan makan, makanan segera! <Terlalu banyak ajinomoto, jeruk dan perencah segera akan mengakibatkan perut anda lebih pedih.> 4. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh ketika berbuka, minuman bergas, minuman berperisa masam. 5. Ketika berbuka ambil dulu buah-buahan dan yang lebih baik adalah kurma. 3 Biji kur

REZEKI DARI TUHAN

Image
Allahuma Ya Allah! Bila kita rasa dekat dengan Allah, apabila apa saja yang kita buat kita bertanya dulu dengan Allah. Bila setiap keputusan dan tindakkan yang dilakukan penuh keyakinan. Maka percayalah Allah yang melorongkan dan memegang erat hati itu. Sungguh ia benar-benar berlaku. Hari ini, saya sendiri yang mengalaminya.  Bangun-bangun pagi dengan penuh tekad di hati. Mahu menjadi hamba Allah yang diredhai. Maka segala urusan hari ini diserahkan sepenuhnya pada Ilahi. Saya lakukan segala yang diperintahkan oleh Allah perkara wajib SOLAT & PUASA. Isy...takat puasa & solat semua orang buatkan....ape nak heran?... Eh...heran la...kalau selama ini Allah suruh kita solat awal waktu tapi kita dok sibuk solat hujung waktu. Tak heran ke??? Allah kata solat tu WAJIB tapi ade je yang tak solat langsung pun...tak heran ke??? Allah suruh kita puasa untuk menjadi orang Islam yang lebih beriman dengan sabarnya menahan lapar dahaga, bersedekah, menjaga tutur kata