Amalan ringkas di Hari Raya
Alhamdulillah..tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ok entry hari ini yang akan saya sharekan adalah amalan-amalan ringkas dan menurut Islam dalam meraikan Hari Raya.
1. Meraikan awal Syawal dengan mandi sunnat Aidilfitri diwaktu pagi sebelum keluar rumah menunaikan solat Aidilfitri.
2. Menjamah makanan sebelum keluar. Adalah digalakkan untuk umat Islam mengambil sedikit makanan sebagai alas perut sebelum menunaikan solat Aidilfitri. (takut-takut nanti ade pulak perut yang berbunyi masa solat hehee..)
3. Memperbanyakkan takbir. Takbir boleh dibaca selepas solat Maghrib malam raya. Jadi malam raya tu sepatutnya kita dah boleh perbanyakkan takbir. Sambil-sambil pasang langsir ke, buat kuih raya ke, boleh je mulut pun terus -terusan bertakbir.
4. Mengucapkan selamat dan mendoakan. Setiap umat Islam digalakkan untuk mengucapkan selamat atau kata-kata doa kepada saudaranya yang lain.
5. Memakai Pakaian terbaik. Kita disarankan untuk memilih dan memakai pakaian terbaik yang kita ada. Ia juga adalah mengikut kemampuan masing-masing. Asalkan ianya bersih dan menutup aurat.
6. Menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga. Ini adalah amalan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Semoga hubungan kita semua terpelihara dan mendapat keberkatan dari ilahi. Perselisihan faham juga dapat dihindari dengan bermaaf-maafan di Aidilfitiri.
Comments
Post a Comment