Cara atasi masalah bengkak gusi
Bengkak gusi sering menjadi igauan ngeri
Bengkak gusi seringkali menyerang kebanyakkan daripada kita. Kehadirannya yang dapat dirasai dengan kesakitan yang menyucuk-nyucuk sehinggakan kadangkala menarik dibahagia kepala. Sebab itu, biasanya orang berkata 'berhati-hati dengan orang yang sedang mengalami sakit gigi atau gusi'. Boleh jadi gaduh! Heheee....
Ok. Berbalik kepada bengkak gusi. Ia terjadi disebabkan berberapa faktor, antaranya:-
1. Ginggivitis.
Ginggivitis atau radang gusi adalah antara penyebab utama bengkak gusi. Ia terjadi apabila kebersihan mulut sering diabaikan. Apabila ini berlaku sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi akan membentuk plak yang disebabkan oleh bakteria. Plak yang terlalu lama atau melebihi 3 hari boleh menyebabkan terhasilnya karang gigi dan bila ia tertumpul akan menyebabkan radang gusi serta akhirnya akan membawa kepada bengkak gusi. Karang gigi sangat sukar dibersihkan walaupun kita menggunakan flossing.
2. Kehamilan.
Biasa kita dengari ibu-ibu hamil seringka kali mengalami masalah bengkak gusi. Bengkak gusi bagi ibu hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil dimana pengaliran darah ke gusi adalah lebih tinggi. Perubahan hormon juga menyebabkan tubuh ibu hamil kurang dapat melawan bakteria boleh menyebabkan infeksi gusi.
3. Malnutrisi.
Kekurangan zat dan vitamin terutamanya vitamin B dan C juga adalah penyebab bengkak gusi. Vitamin C contohnya, sangat penting dalam memelihara dan membantu memperbaiki gigi dan gusi. Jika kadar vitamin C dalam tubuh terlalu rendah, anda mungkin akan terkena penyakit scurvy. Scury akan menyebabkan sakit anamie dan bengkak gusi.
CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK GUSI
1. Pastikan anda membersihkan mulut setiap kali selepas makan. Iaitu dengan memberus gigi paling kurang waktu pagi, tengahari dan malam sebelum tidur. Tetapi anda juga digalakkan berkumur selepas saja menikmati sebarang makanan atau minuman manis.
2. Berkumur dengan bahan pencuci mulut. Ini untuk memastikan bakteria dapat dihapuskan dari berada dalam mulut kita sehingga boleh mendatangkan permasalahan pada mulut. Jika tiada sebarang bahan pencuci mulut, anda boleh menggunakan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam lalu kumur dengan air tersebut.
3. Lebihkan minum air masak berbanding air. Ini dapat membantu anda untuk sentiasa membilas mulut dari serangan bakteria yang sering berada di dalam mulut. (elakkan pengambilan minuman manis dan bergas dalam kadar yang banyak)
4. Letakkan minyak panas dibawah pipi bahagian gusi bengkak untuk mengurangkan kesakitan.
5. Jika tidak tahan sakit dapatkan segera ubat bengkak gusi difarmasi berhampiran atau anda boleh terus ke klinik gigi. Ubat yang boleh dibeli difarmasi adalah seperti ubat penghilang sakit, ubat antibiotik, dan ubat anti radang (sebaiknya anda tanya kepada pakar farmasi sebelum membeli). Rawatan awal dapat mengatasi dan mencari masalah sebenar bengkak gusi anda. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dahulu sebelum membuat sebarang keputusan dan memberikan ubat.
6. Amalkan pengambilan vitamin C dan B complex dalam menampung keperluan nutrisi hariaan anda selain daripada makan makanan yang berkhasiat.
Untuk mendapatkan gigi dan gusi yang cantik dan sihat, anda boleh
dapatkan vitamin kesihatan iaitu
vitamin C dan B complex
dengan saya di
013-8529039
Comments
Post a Comment