CARA ATASI DEMAM DENGGI
Pada artikel sebelum ini saya telah mencerikatan berkaitan demam denggi dan tanda-tanda demam denggi serta statistik yang telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia . Kali ini saya akan bincangkan pula cara untuk mengatasi demam denggi tapi sebelum itu mari kita kenali Simptom -simptom Demam denggi. Sila rujuk gambar dibawah. CARA MENGATASI DEMAM DENGGI 1. SUP KETAM - Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan mengguna