CARA TERUS ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN SELEPAS RAMADHAN
Alhamdulillah.
Ramadhan telah hampir sebulan kita tinggalkan. Masihkah jiwa Ramadhan masih dirasai dalam hati kita semua? Orang kata tepuk dada tanya iman.
Hakikatnya Ramadhan adalah bulan untuk membersihkan jiwa raga, akal fikiran dan sikap kita. Membersihkannya hingga kita sendiri menyukai diri kita yang baharu. Yang luhur hati, yang baik budi. Ramadhan yang sebenar pasti akan dirasai nikmatnya kepada orang-orang yang benar beriman, yang benar mahu berubah dan berubah, yang sentiasa memperjuangkan diri untuk agama Allah. Beruntunglah mereka kerana merasai nikmat Ramadhan sepanjang hidupnya walau pun selepas bualn mulia tersebut.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang sering risau, terlupa, tersasar atau resah gelisah dengan pemergian Ramadhan dan kehadiran Syawal serta bulan-bulan berikutnya. Risau jika tidak lagi mampu menjalani kehidupan seperti di bulan Ramadhan dengan mengaji AlQuran, berzikir sentiasa, berbuat baik sesama insan, bersedekah dan segala kebaikkan lain. Terlupa jika peninggalan bulan Ramadhan membuatkan jiwa lupa semula suruhan yang Maha Esa, lebih menakutkan jika diri kembali tersasar dari tujuan sebenar kehidupan. Gelisah juga hadir saat meniti bulan Syawal dengan kunjungan dan ajakan teman-teman sama ada kearah kebaikkan atau keburukan. Aaah! semua beregar dalam jiwa dan fikiran! Semua yang membingungkan!
Teman usah risau terlalu panjang.
Ayuh kita mulakan semula. Pegang erat janji Allah. Bahawa 'Aku berbuat baik seperti mana prasangka hamba ku terhadapku'.
CARA TERUS ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN SELEPAS RAMADHAN
1. Bulatkan kembali NIAT @nawaitu kehidupan kita kepada ALLAH semata-mata.
2. Kembali melakukan rutin harian di bulan Ramadhan seolah-olah setiap hari adalah bulan puasa.
3. Mulakan semula rutin harian dengan permulaan hari bangun seawalnya.
4. Lakukan solat Tahajud (cuba buat selama 7hari tanpa henti)- InsyaAllah, Allah akan bantu hari-hari seterusnya.
5. Membaca AlQuran Sehelai/1mukasurat sebelum solat Subuh.
6. Solat sunat 2rakaat sebelum Subuh apabila mendengar azan kemudian terus lakukan Solat Subuh (ini sudah menarik anda untuk solat diawal waktu)
7. Sambil bersiap untuk ke tempat kerja/belajar atau menguruskan ahli keluarga sambil itu berzikir dengan zikir yang mudah (Subbahannalllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar)
8. atau anda boleh membuka TV atau memasang radio yang ada siaran keagamaan atau motivasi (so sambil buat kerja lain anda dapat juga serba sedikit ilmu)
9. Teruskan hari anda dengan senyuman dan niatkan semula dan semuanya kerana Allah
10. sentiasa bercakap dengan diri untuk menjadi hamba yang terbaik.
<SELAMAT MENCUBA>
Comments
Post a Comment