Petua Hilangkan Batuk Secara Semulajadi

Batuk sejenis penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak, sama ada yang tidak pernah sakit ataupun yang sedang bergelut dengan penyakit lain. Hakikatnya BATUK akan memberi kesan terhadap kesihatan individu terutamanya terhadap tekak, dan dada. Semestinya batuk menyukarkan aktiviti harian.

PETUA HILANGKAN BATU SECARA SEMULAJADI



1. LIMAU NIPIS
    Limau nipis biasa digunakan untuk buat air. Air perahan limau nipis dicampur dengan air suam dan minum secara perlahan-lahan. Selain itu, limau nipis ini juga boleh dihiris bahagian atasnya, serta mengeluarkan semua air perahan dan bijinya kemudian masukan asam boi didalamnya. Buah beberapa biji dan susun didalam balang kaca. Lapisan pertama susunan limai yang diisi asam boi hendaklah ditabur dengan gula perang/gula biasa. Buat lapisan beberapa kali dan terakhir sekali masukkan semula perahan limau tadi kedalam balang berisi tersebut. Biarkan selama 3minggu. Kemudia boleh digunakan pada bila-bila masa jika perlu terutama ketika batuk menyerang.


2. MADU 
    Madu sememangnya dikenali sebagai makanan yang mengandungi pelbagai khasiat. Madu yang dicampur dengan perahan limau juga baik untuk pulihkan sakit tekak dan batuk. Selain itu, madu juga boleh diambil secara sendirian tanpa campuran dengan bahan-bahan lain. Terdapat juga masyarakat barat yang mencapurkan madu bersama teh, ia juga baik untuk batuk dan kesihatan diri.

#selamatmencuba ^^

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM