Tanda-tanda Demam Denggi
Pada 2015 sahaja di Malaysia telah mencatatkan peningkatan yang mendadak terhadap kes demam denggi. Terutamanya negeri-negeri yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai negeri waspada denggi. Ini berikutan kes denggi yang direkodnya oleh kebanyakkan hospital-hospital yang menerima pesakit dan melakukan rawatan terhadap pesakit tersebut.
Antara berikut adalah jumlah kes yang direkodkan mengikut negeri - negeri di Malaysia setakat bulah Feb 2015 :-
- Selangor - 6915 kes
- Perak - 1456 kes
- Johor - 724 kes
- WP Kuala Lumpur - 670 kes
- Pulau Pinang - 622 kes
- Pahang - 351 kes
- Sarawak - 336 kes
- Sabah - 307 kes
- Kelantan - 260 kes
- Melaka - 249 kes
- Negeri Sembilan - 202 kes
- Terengganu - 183 kes
- Kedah - 103 kes
- Perlis - 49 kes
- WP Putrajaya - 14 kes
- WP Labuan - Tiada kes
Ini baru jumlah kes yang direkodkan, belum lagi kes yang mengalami kematian dari penyakit demam denggi tersebut. Lebih mengejutkan pabila kes kematian seramai 20orang telah dicatatkan sepanjang bulan JANUARI SAHAJA!!!! Dalam masa hanya sebulan sudah pun merekodkan bilangan kematian yang ramai. Bagai mana dengan bulan-bulan berikutnya?
Ok. Sebelum anda rasa sangat takut dan risau terhadap kesihatan anda. Anda perlu tahu apa itu yang dikatakan dengan DEMAM DENGGI.
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
1.Demam kuat secara mengejut dan berterusan
2. Ruam merah pada kulit
3. Sakit teruk pada otot, tulang, sendi, kepala dan biji mata
4. Hilang selera makan
5. Muntah-muntah
6. Sakit perut
7. Pendarahan pada badan, hidung dan mulut.
So pada anda semua sila pastikan Tanda-tanda ne. Adakah ianya terjadi terhadap diri anda sendiri? ataupun anak-anak? Jika ia, sila terus dapatkan rawatan dari pakar yang berhampiran. Jika demam masih berlarutan dengan tanda-tanda tersebut teruslah ke hospital yang berhampiran. Ini kerana kebanyakkan dari masyarakat kita hari ini lebih gemar dan mudah ke klinik swasta. Sedangkan demam denggi tidak dapat dikesan dalam masa yang singkat. Oleh itu, selepas 3 hari anda masih demam sila terus pergi ke hospital. Di hospital, doktor akan melakukan ujian darah untuk menentukan tahap kesihatan anda yang sebenar.
Bersesuaian dengan pepatah 'Mencegah lebih baik dari merawat', anda semua disarankan untuk menjaga kebersihan bersama. Kebersihan rumah anda sendiri, persekitaran iaitu kawasan berhampiran, taman-taman permainan anak-anak anda dan kawasan yang sering dikunjungi. Selain itu, anda juga boleh ikhtiar dengan mengamalkan beberapa suplimen atau makanan tambahan yang boleh mencegah demam denggi tersebut.
Comments
Post a Comment