5 CARA BERKESAN BANGUN PAGI DENGAN BERSEMANGAT
Setiap orang mesti cara hidupnya berbezakan. Tapi apa yang membezakan orang berjaya dengan orang yang kurang berjaya melalui hari-harinya?
Orang berjaya ini, awal pagi lagi dah menunjukkan yang dia berjaya bila mampu bangun pagi dengan semangat. Bila bangun pagi dengan bersemangat ne biasanya sehariannya akan berjalan lancar dan dipermudahkan.
Jom lihat 5 cara berkesan bangun dengan bersemangat!
1. SEBELUM TIDUR MALAM, pastikan diri anda dalam keadaan bersedia untuk tidur atau definisi lain diri bersedia untuk rehat sepenuhnya.
- tidur dalam keadaan yang bersih, dah basuh muka, basuh kaki, gosok gigi, lagi baik sekiranya anda menukar pakaian tidur agar tidur anda lebih selesa dan badan lebih segar walaupun sedang tidur. Keadaan ini akan menjamin kualiti tidur yang lebih optimom dan semestinya anda akan bangun pagi dalam keadaan yang lebih segar dan bersemangat.
2. SYUKUR
- sambil baring ingat kembali apa yang anda perolehi hari ini, bersyukur pada setiap apa yang berlaku dengan bersangka baik pada setiap ketentuan yang telah berlaku. Senyum. Minda anda akan menyebarkan rasa syukur tersebut keseluruh anggota badan sehingga waktu anda terjaga dari tidur. Pasti bangun tidur anda akan lebih ceria dan tersenyum untuk meneruskan hari berikutnya. (sesetengah orang suka menulis, mereka menamakan buku mereka sebagai JURNAL KESYUKURAN)
3. BERTERIMA KASIH PADA DIRI SENDIRI
- nampak macam pelik, tapi itulah hakikatnya yang perlu kita lakukan setiap hari sebelum meneruskan hari berikutnya. pernah ke berterima kasih pada diri kerana bersikap baik hari ini, memasak makanan yang enak, dapat berfikir dengan baik, dapat menjaga kesihatan diri dari bahaya. Oh! ini bukan lupa diri tetapi berterima kasih pada diri kerana berjaya menjadi muslim sejati, solat 5 waktu di awal waktu contohnya. Memuji diri kerana bersikap penyabar, bersikap suka membantu orang lain. Percayalah perkara ini boleh menaikkan semangat diri bila kita selalu berterima kasih pada diri sendiri dan sentiasa bersemangat untuk berbuat baik dan terbaik lagi pada diri sendiri.
4. MENYEBARKAN KASIH SAYANG
- usah berkecil hati bila anda hanya sebatang kara di dunia ini. Usah berkceil hati. Tetapi kerana Allah masih sayang, dan Allah mahu kita menyebarkan kasih sayang pada yang lain. Cara paling mudah sedekahkan AL Fatehah kepada mereka yang telah meninggal dunia, hatta mereka yang meningglkan kita ketika hidup sekalipun. Jika ada pasangan, anak-anak, ibu bapa ciumlah mereka sebelum tidur. Bisikkan kata-kata cinta dan kasih sayang, walaupun mereka telah tidur. Lalu tidurlah dalam kasih sayang Ilahi. Nescaya bangun pagi akan lebih bersemangat lagi.
5. TERAPI
- sesetengah orang melakukan terapi sebelum tidur seperti meditasi. Tapi kebanyakkan daripada kita yang busy sokmo ne kadang memang tak sempat nak buat meditasi ini. Jalan terbaik amalkan suplimen sihat yang dapat membantu anda bermeditasi dalam tidur..hehe.. Telah je Ostematrix dan B complex, in shaa Allah bantu terapi diri dengan lebih baik sepanjang anda tidur dan semestinya pagi lebih bersemangat lagi.
Ok!
Cukup dah 5 cara berkesan bangun pagi dengan lebih semangat.
Korang cuba tau.
Pasti akan merasai kesannya yang tersendiri.
~ SELAMAT MENCUBA~
HAIDA HASHIM
www.wasap.my/60138529039
Comments
Post a Comment