MASAKKAN MELAYU KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR
Siapa pernah ke Kampung Baru Kuala Lumpur?
Bagi yang dah biasa tu tu mesti sangat femiliar dengan kedai makanan di area sini kan.
Ha.
Kedai yang Cik Haida pergi ne berada di Jalan Raja Muda Musa. Masuk-masuk jalan ne je akan jumpa pintu gerbang yang besar. Kawasan sini memang rata-rata adalah kedai makan. Jadi jangan heranlah kalau ke sini waktu lunch hour memang sesak.
Ok.
Kedai yang Cik Haida pergi tu sederet panjang. Kalau masuk je Jalan Jalan Raja Muda Musa ne pandang sebelah kanan. Ade tulisan besar dia tulis disitu...entah apa lupe pulak Cik Haida hehe...
Kat sini korang boleh jumpe macam-macam jenis makanan masakkan kampung. Dari masak lemak, asam pedas, kari ikan, masak sambal, sup-sup, sayur dan ulam pun ada pelbagai. Pergggh! Memang terbaik. Sampai dua tiga kali Cik Haida pusing sebab tak tau nak pilih masakan yang mana. Nampak semua sedap-sedap!....aiishh...hahaa..
Oh. Ya..kat sini pun ada juga jual ikan bakar tau. Rasanya not bad. Sedap juga. Kalau masa Cik Haida baru nak ambil ikan bakar tu masih bertimbun. Sekali pandang lagi selang 10minit dah tinggal sikit....nampakkan...memang digemari ramai!
Sambil-sambil makan tu korang akan dihiburkan dengan band nyanyian.
Ok la kan..
Santai.
Apa-apa pun yang tak tau nak makan kat makan kalau nak ke Kuala Lumpur tu...boleh la singgah sini untuk makan trngahari. Tak rugi ooo...
Kawasan ne dekat je dengan Hospital Kuala Lumpur. So jangan risau la senang nak cari.
Selamat mencuba & menjamu selera ya...
Comments
Post a Comment