TIPS TURUNKAN BERAT BADAN TANPA PIL KURUS



Kalau korang nak tau Malaysia merupakan Negara pertama  yang mempunyai jumlah teramai Obersiti atau terGEMUK di Asia. Waduh-waduh….menakutkan. Sedangkan kanak-kanak di Malaysia juga mencatatkan jumlah teramai Obes seawal umur  1 tahun 6 bulan hingga 6 tahun, berbanding kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Jumlah yang banyak ini turun mengundang peningkatan penyakit merbahaya seperti Diabetes, Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi dan masalah Jantung serta asthma. Ekoran daripada itu pelbagai ikhtiar kerajaan telah lakukan untuk membenteras masalah Obesiti ini. Antaranya adalah dengan kerjasama Kementerin Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaan Malaysia.
So korang pun kena la ikhtiar sendiri juga ye dok?...

Meh Cik Haida bagi sedikiti tips yang diadaptasi dari kempen sihat dari kementerian.

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN TANPA PIL KURUS
...................................................................................................

  • Tolong jangan SKIP SARAPAN PAGI. Sarapan pagi adalah berfungsi untuk membekalkan tenaga bagi tubuh untuk memulakan pekerjaan harian yang lebih efektif dan berkualiti. Sarapan pagi yang terbaik adalah dalam anggaran jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Ne baru namanya sarapan pagi, kalau masuk ofis kul 8.30 atau 9.00 tumbprint lepas tu baru nak cari makanan tu bukan sarapan pagi…kikiii

  • WAJIB mengambil MAKAN TENGAHARI. Ada orang nak kurus tapi tak mau makan. Oh no! silap tu… nak turunkan berat padan tolong makan terutama waktu tengahari. Makan makanan yang cukup lengkap dengan kandungan karbohidrat, protein dan vitamin. Yap! Nak turunkan berat badan 3sumber makanan ini wajib adalah dalam pinggan sihat anda ye… Pinggan sihat saranan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah suku (karbohidrat), suku (protein), separuh vitamin (sayur dan buah-buahan).


  • Jadikan buah-buahan dan salad sebagai bahan kudap-kudapan atau snek harian anda. Kalau rasa perut tak tahan dengan jumlah makanan suku, suku, separuh anda boleh je jadikan buah-buahan untuk mengunyah seperti snek yang enak. (walaupun sebenarnya jika anda konsisten seminggu perut akan biasa dengan jumlah tersebut, dan takkan ada istilah lapar atau tak cukup makan hehe…)


  • Minum air kosong sebagai minuman utama. ELAKKAN minuman manis. Boleh aje kiranya anda mahu minum kopi atau teh kegemaran anda. TAPI dengan syarat minum ‘Kopi O kosong’ atau ‘The O Kosong’ semuanya TANPA gula/madu/gula batu atau yang seumpanya….Kalau Cik Haida lebih suka minum jus buahan buat sendiri. Blend je buah dengan sedikit ai masak tanpa gula minum dengan seratnya sekali. Ne lagi baik, vitamin dari buahan dapat, perut pun lebih mudah untuk proses pencernaan. Boleh je kalau nak minum manis juga, cuba hadkan 2 atau 3kali je seminggu ye…


  • Buang terus perkataan ‘Junkfood atau Fastfood’ dalam kamus hidup anda. Jika iya pun teringgin sangat sila la rajin-rajinkan sendiri buat sendiri, so anda sendiri boleh adjust makan yang boleh dikawal terutamanya kandungan lemak, minyak dan garam dalam masakan anda.


  • Oh ya, yang terakhir biasa-biasakan diri dengan banyakkan berjalan (kalau boleh parking la jauh sikit dari pintu masuk mana-mana bangunan yang anda pergi ~ bak kata pepatah, ‘jauh berjalan luar pemandangan’ hehe…), turun naik tangga (kalau sekadar tingkat satu atau dua, biasakanlah menggunakan tangga sebagai medium utama anda), mahupun melakukan riadah(seminggu khaskan sekali atau dua beriadah tak kisah la sama ada bersiar-siar di taman rekreasi ke, tepi pantai ke, shopping mall ke, janji anda dapat tenangkan jiwa raga, kosongkan minda dengan masalah dunia, serta dapat mengeluarkan peluh setitik dua. Ia sangat baik untuk tubuh dan minda yang sihat.



Percayalah, stress atau tekanan adalah penyumbang kepada kegagalan anda menurunkan berat badan secara konsisten dan menten pada berat yang ideal. So tolong la amalkan gaya hidup yang sihat ya… Nak lagi sihat dapatkan vitamin sihat dari cik Haida gojes nee..hehe

Comments

  1. Tips nombor satu mmg betul... dulu suka sangat skip sarapan pagi. haha.. sekarang tak nak dah.

    ReplyDelete
  2. Hehee...betul tu..sy pun dulu masa sek suka skip sarapan..tp skrg alhamdulillah mmmg wajib ambil sarapan pagi ne..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM