SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017
Alamak.......terlewat acik Haida nak tulis berkaitan dengan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ne...hehe.. al maklum ler penutupan sukan sea Cik Haida berada dikampung so line ala-ala siput sedut gituu,,hehe
Pertama, Cik Haida nak ucapkan tahniah buat Team Atlet Malaysia yang berjaya merangkul Juara keseluruhan bagi temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 kali ne...bukan mudah nak jadi juara bagi sesuatu kejohanan. apatah lagi kejohanan bertaraf antarabangsa. Walaupun sekadar Asia Tenggara tetapi tetap dalam kategori berprestij.
Kedua, Tahniah buat negara Malaysia selaku tuan rumah kerana berjaya mengendalikan kejohanan bertaraf antarabangsa ne buat julung kalinya. Jika diikutkan perkitaan kejohanan kali ini adalah yang ke-4 dalam sejarah negara Malaysia. Syahbas & Tahniah. Pengelolaan yang lebih bersistematik dan berpusat ini memudahkan banyak pihak sama ada dari pasukan atlet negara luar mahupun kepada penyokong pasukan masing-masing. Kalau tak silap Cik Haida, pusat pertandingan kali ini di Kuala Lumpur & Putrajaya, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Ketiga, buat julung kalinya juga Cik Haida berjaya menjayakan satu Lawatan Sambil Belajar bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat ke tempat pertandingan kejohanan. Dengan rombongan sebanyak 2buah bas bersamaan 80 orang pelajar dan diikuti oleh 8orang guru pengiring kami selamat sampai dan pulang dengan ilmu, semangat dan pengalaman yang luar biasa. Lawatan ini turut memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah Cik Haida menyaksikan sendiri pertandingan bertaraf antarabangsa dijalankan. Ye la biasa dalam negara je kan... Nak nak sekolah Cik Haida kawasan pedalaman jadi kalau bertanding sukan paling tinggi pun sampai peringkat negeri Melaka je hihuuu..
Ne la masanya nak baru ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar merasai sendiri pengalaman berada ditempat duduk sebagai penyorok dan penyokong bagi pasukan sendiri. Sebenarnya ada 2 tempat yang kami pergi . Satu di MITEC menyaksikan perlawanan Bola Tampar. Tengok bangunan je budak budak dah wahhhhh!!! besarnya cikgu. Sekali masuk, jadi takut-takut pula..hehe...tak pe nak ne pengalaman. Bukan senang nak tengok Bola Tampar main dalam bangunan aras 3..hehe...
Tempat ke-2 kami pergi adalah Stadium Bukit Jalil. Wah! bersungguh dan semangat mereka. Kali ne memang menyaksikan sendiri pemaian Malaysia bertanding dan menjuarai pingat Emas bagi acara Lompat Tinggi Lelaki, dan juga perak kategori yang sama. Manakala acara 5000m larian pula menduduki tempat ke-2. Biar terasa bahang semangat kesukanan dalam jiwa-jiwa anak muda tu.. Cikgu dia pun terlebih semangat jugak ne ehehehe...
Bukan itu sahaja malahan kami menyaksikan sendiri bagaimana kawalan keselamatan, kemudahan infastruktur disediakan. Tempat solat, bilik air, pemudahan pengangkutan semuanya memang terbaik la....lengkap. Cekap. dan mesra alam...
Cumenya dekat Bukit Jalil, kami agak kebuluran akibat terlalu sedikit yang menjual barang makanan. Ada pun cuma foodtrack yang beratur panjang kemudian bila dah nak sampai turn kita...dah abis dik...adududuhh...acik keciwa sekali...hahaaa... Air memang banyak cuma tu la, yang jual makanan tk berapa nak banyak...apa-apa pun tahap kebersihan memang tiptop!
Ok.
tu je nak tulis..
Semoga berjumpa lagi tahun mendatang.
Selamat tinggal kenangan.
oh ye..









Comments
Post a Comment