SAAT ALLAH MEMAKBULKAN DOA HAMBANYA



Tergerak hati nak ceritakan kisah diri sendiri.
Kisah lama.

Masa tingkatan satu tahun 1998 dahulu, Cik Haida ada terbaca satu iklan berkiaitan universiti yang baru di buka di negeri Sabah. Iklan besar bukaan akhbar Utusan Malaysia itu betul-betul terkesan di jiwa. Memaparkan pemandangan universiti baru yang cukup cantik dengan bangunan. Yang lebih menarik adalah universiti ini dikenali sebagai universiti dalam taman. Ada pemandangan tasik dan pantai yang cantik. Terus tergerak dalam hati menyatakan "suatu hari aku mesti berada ditempat ne".

Kata-kata tersebut terus berlalu pergi bersama angan-angan mengikut jarak dan perjalanan masa. Sampai akhirnya Cik Haida sendiri terlupa dengan apa yang diimpikan.

Tapi tahukah kalian?

Apa sahaja yang terlisan di lidah & terlintas di hati adalah 'DOA'
Dan kita sendiri tidak pernah mengetahui bila saat dan ketikanya Allah memakbulkan doa-doa kita. Seiring waktu berjalan kita juga terus terlupa dengan doa-doa dan impian yang kita pernah hajatkan.

Sungguh.
Allah memakbulkan doa dan impian Cik Haida.  
Bukan sehari.
Bukan sebulan.
Bukan setahun.

Tapi 7 tahun lamanya baru Allah makbulkan doa dan impian Cik Haida. 
Tahun 2005, buat pertama kalinya menjejakkan kaki di negeri Sabah Di bawah Bayu. Mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan Sains Sukan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (sekarang dikenali sebagai Fakulti Pendidikan ).

Allahu akhbar.
7 Tahun baru allah makbulkan doa. 
Saat Allah memakbulkan doa hambanya, hambanya sendiri dah tak ingat apa yang dipinta. 
Jadi mengapa bila doa kita masih belum dimakbulkan terus kita berputus asa?
Mengapa terus kita menyalahkan takdir Allah?
Mengapa terusan menyalahkan diri sendiri?

Percayalah.
Allah memakbulkan doa hambaNya - Pada masa & saat yang tepat dan terbaik buat hambaNya.

Usah mengalah.
Teruskan berdoa dan berimpian.
Teruskan berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah sang Maha Pemberi.


Wallahu'alam..

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM