CARA MUDAH MASAK NASI ARAB


Raya Haji @ Aidiladha baru sahaja berlalu. Mesti ramai yang berkesempatan di panggil untk melaksanakan ibadah Haji di Mekah Mukkarramah. Allahu akhbar indahnya panggilan haji. semoga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk berpeluang menunaikan ibadah haji sewaktu usia muda dan sihat lagi.

Bagi yang berada di tanah air pula ramai yang turut melakukan ibadah Qurban. Alhamdulillah, qurban haiwan juga turun dilaksanakan sebagai ibadah bagi yang berkemampuan. Ia diibaratkan sebagai haiwan tunggangan diakirat kelak. semoga ibadah kita diterima disisi Alla Ta'ala.

Sembang pasal raya haji, mesti ramai juga mak mak yang sibuk menyediakan juadah bagi meraikan hari tersebutkan. Yeah! sama la kita. Cumanya kali ini Cik Haida berhajat untuk emmbuat Nasi Arab. Nasi Arab Cik Haida simple je, mudah dan sedap hehe...cewah...naik bakul angkat sendiri ni..

Tak pe, ne Cik Haida kongsikan sedikit CARA MUDAH MASAK NASI ARAB :-



RESEPI
...............

Bahan-bahan yang diperlukan

Daging atau ayam (ikut citarasa) Cik Haida masak 2 ekor ayam yang dipotong 8  hari tu..
1 setengah kg Beras mathi (basuh dan toskan)
4 biji Tomato (dipotong dadu)
1 batang lobak (dipotong menegak)
3biji kentang (dipotong 4)
2biji bawang merah (dihiris)
2biji bawang merah (dipotong4 bahagian setiap satu)
4biji bawang putih (dipotong 2)
1batang kayu manis
3-4 buanga lawang
sedikit bunga cengkih
sedikit minyak zaitun untuk menumis
sedikit cuka apple (dalam 2-3 sudu besar)
2 sudu serbuk rempah Nasi Arab
Air untuk rebus daging/ayam

Cara membuatnya


1. Cik Haida gunakan periuk Noxxa senang & cepat  sikit nak rebus ayam/daging tu hehe...masukkan minyak zaitun dalam perik untuk menumis.
2. Masukkan semua rempat ratus dan bawang tumis sampai naik wangi.
3. Masukkan rempah serbuk Nasi arab dan gaul sampai rata.
4. Masukkan semua bahan yang dipotong, lobak, tomato dan kentang dalam tumiskan tersebut dan masukkan air. Kemudian masukkan ayam tadi dalam periuk Noxxa tersebut. Masukkan lagi air sehingga tenggelam ayam tadi. Tutup periuk dan biarkan dengan tekanan tinggi selama 20minit.
5. Buka penutup dan keluarkan ayam serta semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas yang lain. Biarkan air didalam periuk.
6. Masukkan beras yang telah dibasuh dan tos ke dalam periuk dan masak dalam 15minit. Masukkan sekali ayam tadi dibahagian atas beras tersebut. Jangan digaul beras tersebut.
7. Ok siap untuk dihidang hehe...

kalau korang nak buat sambal & sayur dia pun senang je..

Bahan & cara untuk sayur
- timun (potong memanjang halus buang isinye)
- tomato (potong dadu buang isinya)
- masukkan dalam 1 bekas letak 1 sudu gula dan 2 sudu kecil garam dan perahan lemon
- gaul rata. Siap.

Bahan & cara untuk sos/sambal 
- lada basah merah & tomato (blende - letak air sikit)
- panaskan dan masukkan gula serta garam sampai didih
- tutup api dan letakkan perahan lemon sedikit. ok siap..hehe


Senang je kan..
Korang pun boleh try..
Mana tau ada yang teringin nak makan Nasi Arab boleh buat sendiri, jimat dan ikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM