TIPS STUDY SMART UNTUK SPM


Sekarang ne dah bulan Ogos. Tinggal dalam 3 bulan lebih je lagi nak peperiksaan sebenar SPM. La ne masing-masing tengah pulun untuk percubaan SPM. Dada tu sentiasa dap dup. Kadang tu ada yang sampai tak cukup tidur dibuatnya.

Meh sini Cik Haida bagi tips study smart menjelang SPM.

1. Walaupun ade lebih kurang 3bulan. Tolong set minda, anda mampu dan anda pasti berjaya.
Walaupun sekarang la baru nak tersedar yang SPM tu penting, walaupun baru sekarang nak kenal buku nota dan latihan. Dont give up. Orang kata biar lambat dari langsung tidak memulakan.

2. Tetapkan matlamat.
Subjek mana nak lulus?
Subjek mana nak kredit?
Subjek mana nak skor A.

Sila tulis dan tampal ditempat yang senang untuk dilihat. Dinding ke. Pintu ke..Cermin ke.. Bila setiap kal

3. Cari atau beli latihan atau contoh-contoh soalan SPM 5tahun kebelakang. Dalam set soalan tu mesti ada sub topik yang korang mahirkan...jawab soalan tersebut sahaja. Pastikan korang betul2 pro dalam sub topik atau topik tersebut. Macam maan nak pro? Kena la jawab banyak-banyak soalan tapi masih dalam topik atau sub topik yg sama.

4. Khaskan waktu tertentu untuk latih tubi. Contoh :- isnin malam jam 8 - 9pm...10 soalan pro bagi sub topik math. 9 - 10pm...10 soalan pro bagi sub topik sains.....buat selalu...bila dah boleh siapkan jawapan yg lengkap dan betul dalam masa 30minit je...30minit lagi dah boleh buat soalan subjek lain pula...

Kenapa 10 soalan je?...1 paper ade 40 ke 50 soalan kot...

Sabar...kalau 40 ke 50 soalan pun semua salah tak guna juga....yg 10 tu kalau dah pro sah2 korang dah dpt 10 markah..

5. Buat langkah no.4 tu dalam tempoh 2minggu. Pastikan korang betul2 dah boleh kuasai topik/sub topik tersebut.

6. Lepas dah pro jawab soalan bagi topik/sub topik tersebut tambah lagi topik yang cikgu2 jangkakan masuk paper atau korang sendiri boelh kenalpasti soalan topik apa lagi yg kerap masuk paper dan sering berulang. Fokus dan cuba kuasainya. Dapatkan khidmat rakan2 atau guri untuk lebih mudah memahaminya.

7. Sentiasa buat soalan ulangan. Banyak kali pun takpe lama-lama melekat terus dalam minda korang. Ajarkan kawan juga. Ini sangat membantu korang dalam mengingat fakta atau rumus.

8. Tidur la dengan cukup. Sekurang-kurangnya 5jam sehari. Toksah ler buat latih tubi sampai tak tidur....aniaya otak dan badan namanya. Heheh...

Ok.
Selamat berjaya semuanya.

Cik Haida suka subjek math & sains...

Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM