TIPS MUDAH BANGUN TAHAJJUD


Ada yang selalu berangan-angan nak bangun sepertiga malam untuk Tahajjud, qiamulail mahupu solat sunat yang lain. Tapi seringkali terbabas atau terlajak masanya. Ya. Bukan sahaja anda tetapi saya juga pernah bergitu. 

Ok.
Disini saya bagi Tips mudah untuk bangun Tahajjud seperti yang saya sendiri telah buat dan amalkan.

TIPS MUDAH BANGUN TAHAJJUD
..................................................................
  • sebelum tidur pastikan anda telah solat Isyak dan solat sunat Taubat 2 rakaat
  • niatkan dalam hati untuk bangun awal pagi bagi sujud mengabdikan diri pada Allah Yang Esa
  • doa agar Allah gerakkan hati untuk bangun, Allah ringankan tubuh untuk terus bangun sujud kepada-Nya
  • fikirkan bahawa esok jam 3pagi atau jam 4 pagi anda bangun untuk Tahajjud
  • pastikan tempat tidur berada dalam keadaan selesa
  • semasa baring baca doa tidur, baca zikir Subbahannallah, Alhamdilillah, Allahu akhbar, wahau lawala quwataillabillah sebanyak-banyaknya
  • jika anda telah muncuba cara ini tetapi tidak berjaya bangun, alih kedudukan tempat tidur
  • set alarm bagi membantu anda untuk bangun waktu yang telah disetkan...(biasanya kita memang akan set jam alarm tapi selalu akan tutup semula dan tidur kembali. Walau bagimana pun jika telah niat untuk bangun pasti apa yang kita fikirkan sebelum tidur akan kita ingat semula ketika terjaga...waktu ini cepat-cepat la bangun, mandi dan terus solat sunat)


Selamat mencuba & selamat beramal.
Moga menjadi ilmu bermanfaaat.

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM