PERANCANGAN CUTI PANJANG

Esok dah bermula cuti sekolah pertengahan semesta dua. Maksudnya seminggu la budak budak sekolah akan bercuti.

31 Ogos nanti cuti Hari Kemerdekaan Malaysia pula. 1Sept pula cuti Raya Haji.  Wahh...meriah la cuti kali ne...mesti masing masing dah mula plan perjalanan dan percutian semuakan..

Ne saya nak share sedikit perancangan untuk cuti seminggu kali ne..mana tau bermanfaat boleh la gune hehe..

Pertama sekali pastikan anak anak telah siapkan kerja sekolah terlebih dahulu. So nak cuti kemana mana pun hati dah lega bila kerja sekolah anak anak dah siap. Tapi bukan bermaksud tinggalkan terus buku ye..boleh la belikan buku kerja untuk latih tubi mereka...santai sambil belajar.

Kedua semua baju dan kasut sekolah dah cuci awal awal lagi. Kemudia jemur keringkan, iron siap siap dan simpan tempat yang elok. Supaya bila balik bercuti nanti takde la kelang kabut sangat.

Ketiga rancang percutian dengan sebaiknya. Pilih destinasi yang tidak membebankan diri dan kewangan. Jika memilih untuk pulang kekampung halaman. Pilih hari yang sesuai dan tidak terlibat dengan kesesakkan lalu lintas.

Keempat sebelum mulakan percutiaan pastikan rumah dalam keaadaan yang bersih, kemas dan selamat. Kunci mana mana pintu dan tingkap. Buang sampah yang ada. Baca doa selamat sebelum keluar rumah.

Kelima bawa bekalan secukupnya semas dijalanan. Ne bagi mengelakkan anak meragam dan perut sendiri meragam bila terjebak dengan kesesakkan jalanraya.

Keenam. Bawa vitamin sihat sebagai first aid. Senang nanti bila waktu2 kecemasan. Demam ke sakit perut ke gastrik ke...semuanya memerlukan vitamin sebagai jalan selamat..

Selamat mencuba semua..

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM