PANDUAN PERSEDIAAN IBU HAMIL


Bila dah umur angka 3 ne....tengok baby kawan2 rasa makin teruja hehe..kalau ada kawan yg trngah mengandung tu suka pegang perut dia hehe..ish...mesti la dgn izin...rasa baby bergerak2 ish teruja!....lebih2 lagi bile baca petua-petua mak mak ne...haih..macam-macam..😅

So Cik Haida pun nak cuba la simpulkan mana petua yang Cik Haida rasa berguna buat diri sendiri dan mana tau ada manfaatnya untuk kawan-kawan.. sama2 la kita kongsi ilmu ya..

PANDUAN PERSEDIAAN HAMIL
......................................................

1. Pastikan diri benar - benar bersedia dari segi emosi, mental, rohani dan fizikal (ia la... ade org kahwin tak mau anak cepat2, ada org pula nak cepat.) So kena betul2 fikirkan dan tetapkan matlamat yg jelas. Bawa berbincang dengan pasangan. Yes! Komunikasi sangat penting dalam apa2 jua keadaan.

2. Dapatkan ilmu keibubapaan. Ini sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Walaupun yg mengandung tu wanita, tapi pihak lelaki pun perlua tau apa yg harus dilakukan ketika si isteri sedang hamil.

3. Kesihatan yang baik. Orang kata nak mengandung bukan mudah. Macam macam perkara boleh berlaku sama ada sepanjang kehamilan atau sebelumnya lagi. Bagi yang telah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak, mungkin anda boleh dapatkan rawatan khusus untuk lihat sendiri tahap kesihatan diri dan pasangan. Rujuk pada yang pakar.

4. Sebagai seorang wanita yg bersedia untuk mengandung, anda perlu tau bahawa beberapa vitamin sangat2 diperlukan. Antaranya adalah B complex yang lengkap dengan Asid folik. Asid folik ne sangat diperlukan untuk kandungan dan pembentukan janin yg sihat. Selain B complex sendiri membantu membekalkan nutirisi kepada ibu dan anak.

5. Vitamin lain adalah Vitalea, yg membekalkan multivitamin secara tidak langsung turut mengawal HB darah anda. Vitamin C yg membantu kepada penyerapan iron yg lebih baik selain meningkatkan sistem pertahanan badan.

6. Vitamin Ostematrix pula adalah persediaan dari segi kalsium. Bila hamil baby dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pembentukkan tulang. Sekiranya ibu kekurangan kalsium akibat serapan kepada baby tadi maka ibu akan mudah mengalami masalah osteoporasisi, kereputan gigi dan keguguran rambut yg sangat ketara. Maka sebelum hamil lagi ibu perlu pastikan memberikan kalsium yg cukup pada tubuh badan.

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM