MENU SIHAT UNTUK DETOX ANDA JADI LEBIH MENARIK
Hi..
Cik Haida nak tanye ne...
Ada yang masih berdetox ke?
atau
Baru nak detox?
Ne Cik Haida nak share sikit menu sihat supaya takde la bosan sangatkan masa detox tu...
Cik Haida masuk hari ne dah hari yang ke-4 dah...alhamdulillah, badan pun rasa semakin selesa.
AYAM BAKAR PERAP ASAM & LEMON
..........................................................................
Bahan-bahan
==========
4 ketul bahagian peha ayam (nak buat banyak standby siap-siap pun boleh)
1 biji lemon
Sedikit asam jawa
Setengah batang lobak merah (dipotong hiris bulat-bulat sederhana tebal)
Sedikit brokoli
Sebiji tomato
Cara-cara buat
===========
- Gaulkan ayam dengan asam jawa sehingga pasti keseluruhan bahagian ayam tersebut kena dengan asam jawa tersebut. Dah siap perah hirisan lemon dan gaulkan diseluruh ketulan ayam tadi.
- Simpan dalam peti ais (Cik Haida buat malam, so esok pagi boleh terus bakar je..)
- Keluarkan dalam peti kalau masuk peti beku mesti la dia bekukan so biarkan dulu bagi ais dia cair (Cik Haida letak dibahagian bawah je...so keluarkan dan terus je bakar)
- Kalau ada oven boleh gune, tapi disebabkan rumah single Cik Haida takde so Cik Haida gune kuali je...letak minyak zaiton ratakan diatas kuali. Dah panas boleh terus letak ayam tadi then tutup dengan penutup.
- Jangan risau bila korang nampak macam berair bila sedang dimasak sebab tu adalah air dari asam dan lemon yang semalam kita gaulkan. Balik balikkan ayam tersebut supaya masak sekata.
- Bila dah kelihatan hampir masak, masukkan lobak merah yang telah dihiris tadi bersama brokoli. Tutup, supaya lebih empuk.
- Anda akan dapati ayam semakin kering buka penutup dan masukkan potongan tomato pula. Tutup sebentar je tau...lama-lama nanti benyek pula tomato tu hehe...
- Tara...dah siap, tutup api dan angkat masuk dalam bekas lain. Sedia utnuk dimakan hehe...
Sebenarnye sekejap je nak masak. Sementara tunggu ayam tu masak boleh je iron tudung....so memang sangat mudah. Sedap pun sedap.
Cube la...
Lain kali Cik Haida share menu lain pula ye...
Oh ya...
Untuk yang berdetox, ayam bakar perap ne sesuai untuk hidangan tengahari atau malam anda.
Selamat mencuba ye..
Comments
Post a Comment