CARA BUANG TOKSIN DALAM BADAN
Tanpa kita sedari apa sahaja yang kita makan, minum, udara, persekitaran kita sebenarnya telah banyak tercemar. Pencemaran dari segi bahan kimia, bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa tambahan dan udara yang tidak bersih ini tanpa disedari telah berada dalam tubuh badan kita. Ini yang dipanggil sebagai TOKSIN.
Toksin ini apabila terlalu lama berada dalam badan boleh merosakkan organ dalam badan. Dan secara tidak langsung turut mengundang penyakit yang merbahaya serta melemahkan sistem ketahanan badan. Oleh itu, toksin perlu dibuang dari dalam tubuh kita agar tubuh lebih segara dan terhindar dari sebarang penyakit.
BAGAIMANA CARA BUANG TOKSIN DALAM BADAN?
........................................................................................................
1. Jauhi manisan!
Sebarang makanan bersalut gula atau krimer perlu dihindari atau dikurangkan pengambilannya. Termasuklah makanan yang tinggi kandungan gulanya.
2. Air masak secukupnya.
Walaupun cuaca hujan, anda perlu pastikan tubuh anda menerima air masak 2 liter. Air masak yang paling mudah untuk mengingkirkan toksin dalam badan. Anda boleh cuba minum air masak setiap 2 jam 250ml - 500ml setiap hari.
3. Minum air TEH HIJAU.
Kajian menunjukkan Teh Hijau mempunyai antioksidan yang tinggi dan berupaya untuk membuang toksin dalam badan. Sebaik-baiknya diambil pada waktu pagi dan tidak dicampur dengan sebarang manisan termasuk gula, susu pekat ataupun madu. Lebih baik lagi dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Cinch Tea megandungi ramuan daun teh hijau muda, yang membantu dalam pembuangan toksin dalam badan. Mungkin anda boleh cuba yang ini.
4. Perbanyakkan makan sayuran.
Sayur-sayuran terutama sayuran yang tidak memerlukan ia dimasak dengan minyak atau terlalu lama. Sayuran hijau adalah lebih baik kerana ia memudahkan proses pencernaan selain terdapat banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Contonya sayuran hijau, salad, bunga kubis, brokoli dan mentimun.
5. Elakkan bahan kimia.
Semua jenis makanan Junkfood dan fastfood. Ini kerana semua makanan ini mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia yang disertaikan dalam pemprosesan makanan ini yang menyebabkan toksin dalam badan semakin banyak.
6. Lakukan senaman.
Senaman dan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam membantu membuang toksin dalam badan. Apabila bersenam secara teratur, ia secara tidak langsung akan membantu mengeluarkan toksin melalui peluh. Dan untuk mengurangkan kadar mendapat penyakit atau kehidupan yang lebih sihat, kita memerlukan selama 150 minit 5hari seminggu bersamaan 30minit sehari. Manakala untuk menurunkan berat badan memerlukan senaman selama 300 minit untuk dalam seminggu.
7. Suplimen.
Makanan tambahan seperti suplimen dari sumber tumbuhan juga dapat membantu untuk membuang toksin dengan lebih mudah. Antara suplimen yang boleh anda gunakan adalah ALFAFA, HERB LAX, Garlic complex, DTX compex dan NUTRIFERON serta VIVIX. Kesemuanya dari sumber tumbuhan semulajadi yang akan bertindakbalas dengan membuang toksin dalam organ-organ yang banyak menyimpan toksin seperti Hati, dan saluran pencernaan.
8. Biasakan minum air jus buahan.
Air jus buahan hendaklah diminum bersama seratnya sekali dan TIDAK boleh dicampur dengan gula mahupun madu atau susu. Ia mampu berikan kelegaan ditekak mahupun diperut anda.
Air jus buahan hendaklah diminum bersama seratnya sekali dan TIDAK boleh dicampur dengan gula mahupun madu atau susu. Ia mampu berikan kelegaan ditekak mahupun diperut anda.
Mahukan Detox Cara Sihat?
Hubungi Cik Haida di 013-8529039
Comments
Post a Comment