BAGAIMANA UNTUK REDHA
Bismillahirohmanirohi...
Redha satu perkataan yang mudah disebut bagi mereka yang tidak berada dalam situasi tertentu. Tetapi terlalu sulit dan berat bagi yang sedang diduga imannya dengan cabaran yang maha berat. Meski pun setiap orang akan melaluinya, tetapi tidak semua boleh bersikap redha.
Dalam satu sesi perbincangan dan perkongsian group watsap Cik Haida, kami didedahkan dengan cara dan kelebihannya apabila kita mula bersikap redha. Cik Haida kongsikan disini semoga ianya bermanfaat untuk kalian.
REDHA DENGAN KETENTUAN YANG ESA
............................................................................
* redha ini memang sangat sulit berada dihati terutama ketika di uji. Tetapi kita sendiri yang kena berusaha untuk tarik redha agar ia berada dihati.
* caranya dengan ketika diuji seboleh-boleh cakap dengan diri 'Aku redha Ya Allah' , 'Aku redha, dengan setiap ketentuan Mu' ~ walaupun saat itu jiwa dan hati bagai memberontak terhadap apa yang berlaku
* bukan sahaja menyebutnya didalam hati, tetapi menyebutnye di bibir sehingga didengar di telinga. Bila kite sendiri yang mendengar maka ia akan turut jatuh ke hati sendiri. Waktu itu pasti kalian akan lebih tenang berbanding sebelumnya.
* redha ne awalannya memang memerlukan paksaan dalam hati, tetapi percayalah bila ia kerap anda ucapkan dan niatkan pasti ujian yang datang lagi dapat diatasi dengan lebih tenang.
* setiap hari ucapkan ungkapan redha. Mohon pada Allah agar dihadirkan rasa redha dalam diri, dalam hati, dalam jiwa.
* contoh lain, 'aku redha Ya Allah dengan anak ku ini, semoga dia akan berubah menjadi anak yang soleh/solehah' ~ saat anak melakukan sesuatu yang menduga iman kita. Dan perlu ingat anak adalam amanah Allah kepada kita.
Redha bukan bermaksud membiarkan sesuatu itu terus berlaku, tetapi dalam masa yang sama masih memerlukan kita untuk mencari solusi lain.
Redha, akan membuatkan kita tidak adakn menyoal mengapa Tuhan memberi kita bergini tetapi bukan bergitu.
Allahumma..
Semoga Allah menghapuskan dosa-dosa kita, memberi keampunan dan redha dengan diri kita.
Comments
Post a Comment