HOBI ~ bahan bacaan




⏳HOBI⏳
..................
.
Korang semua pasti ada hobi masing-masingkan?
.
Sama la saya pun ada juga. Hari ne saja nak share dengan korang apa hobi Cik Haida bila masa lapang hehee....
.
Cik Haida ne sebenarnye pantang sikit nampak kedai buku. Kalau lalu depan je, macam ada kuasa magnet yang menarik-narik untuk masuk...hahaa😅
.
Siapa yang sama tu...sip sikit hehee...
.
Semestinyala mata ne menjalar je nak tengok buku apa yang ada. Ish! Xboleh tahan la tengok buku-buku tu...kalau boleh nak borong semuanya. Paling best 'bau' dia sebenarnya hehee....
.
Kalau ditanya buku apa yang Cik Haida beli... jawapannya takde la spesifik kepada sesuatu buku dan penulis sahaja. Cik Haida suka buku motivasi. Dan corak penulisan yang santai. Kalau buku pendidikan pun biar yang banyak fakta dari menceceh tah apa2....hehee..
.
.
Buku motivasi ne kalau baca, dia akan bantu kita refresh balik perkara-perkara yang kita mula lupa atau tinggalkan. Contoh, sifat memberi. Mungkin kita dah lama tak memberi tak kirala sama ada pertolongan dr sudut tenaga, ilmu atau kewangan...so bila baca secara tak langsung ia mengingatkan kita. Bahawa hidup ini harus banyak memberi. Bukan menerima sahaja. Baru la hati lebih tenang.☺
.
.
Sebenarnya banyak buku motivasi dipasaran. Korang pilih je mana yang berkenan. Saya ne jenis memilih sikit. Buku yang bila dibaca macam tak masuk dalam jiwa je...emm...xpayah la beli...kompom bacanya pun taksampai separuh. Huhuu..
.
Bukan apa kita kalau baca biar yang sampai ke hati. Ini lebih kepada corak penulisan kot...
.
Contoh buka motivasi yang saya suka baca, penulisan PAHROL MOHD JUOI, santai tapi cukup terkesan dihati. Ceritanya lebih berunsurkan kehidupan rakyat jelata yang merangkumi pelbagai peringkat masyarakat. Penulisan DR PROF KAMIL & PUAN ROZA, penulisan berdasarkan pengalaman ini juga turut terkesan dihati.
.
Banyak lagi sebenarnya..
Sekadar kongsi apa yang saya suka. Kalau korang suka buku lain pun takde masalah. Asalkan minat membaca itu dapat dipupuk dalam diri dan ahli keluarga kita.
.
~ BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA~
.
Saya pun suka baca komik tau hehee..😉

#haida0138529039
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy

Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM