Vitamin Terbaik untuk Anak

Saya yakin dan sangat pasti sesiapa pun yang bergelar ibu bapa akan berusaha memastikan yang terbaik untuk anak-anak. Tak kira la dati segi keperluan asas, persekolahan, pakaian dan tempat tinggal apatah lagi jika berkait dengan kesihatan. Masing-masing pasti akan sanggup bergolok gadai demi anak tercinta.


Lumrahnya kita berusaha untuk pastikan keselesaan dan keselamatan anak-anak. Bergitu juga hal berkaitan keagamaan. Alhamdulillah, dewasa ini lebih ramai lagi ibu bapa yang telah memiliki kesedaran agama sebagai titik asa kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana penghayatan dan amalan agama yang sebenarlah yang banyak menyumbang kepada kejayaan dan kebahagiaan sesebuah keluarga.

Walaupun saya sedia maklum ramai ibu bapa juga amat menitik beratkan persoalan kesihatan anak, tetapi masih ramai lagi kelihatan yang belum ada kesedaran dari sudut pemakanan. Ya, ramai yang semakin pentingkan kualiti makanan yang diambil kerana sedar makanan akan masuk ke dalam tubuh dan akan membawa kepada dua perkara. Pertama menjadikan tubuh lebih baik dan sihat. Kedua menjadikan tubuh lebih cepat atau mendapat penyakit.

Ia banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Agak sukar mengelakkan anak-anak dari pengambilan makanan ringan seperti gula-gula, keropok jenis berperisa dan lain-lain kerana di sekolah mungkin rakan yang lain juga memakannya. Atau kedai-kedai sendiri menjualkannya kepada kanak-kanak ini. Dengan warna yang pelbagai dan perisa yang sedap. Pasti sahaja menarik minat kanak-kanak untuk memilikinya.


Sebab itu ibu bapa sangat disarankan agar mengawal pemakanan mereka semasa dirumah dan menyediakan makanan tambahan yang boleh menyokong kepada sistem pertahanan badan anak dan mencukupkan nutirisi mereka. Ia sememangnya sukar. Tetapi masih boleh dididik secara perlahan lahan.

CARA YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI MENARIK MINAT ANAK DALAM PEMAKNANA SIHAT

✔ biasakan makan bersama seisi keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari( anak2 pasyi lebih teruja dan gembira bila dapat makan bersama ahli keluarga mereka, feel berebut itu menyeronokkan!)

✔ pelbagaikan jenis masakan. Biar sedikit asalkan pelbagai. Atau pun jika anak sangat mengemari ayam. Mungkin ayam tersebut boleh dimasak pelbagai dengan campuran sayuran.

✔ dunia sememangnya tahu kanak2 kurang mengemari sayuran. Tetapi usahakanlah untuk berikan anak anda sayuran dalam menu makanan mereka. Biarlah hanya sayur itu sahaja yang digemari asalkan ianya sayur. (Tahukah anda sayuran kecil seperti baby tomato, baby carrot amat digemari oleh kanak2 kerana saiz dan rasanya)

✔ susu. Memang ada anak2 yang tidak gemari susu. Tetapi cuba anda berikan mereka yougurt atau keju mungkin itu boleh membantu. Kerana bahan tersebut juga merupakan sumber tenusu yang baik untuk tumbesaran anak2.

✔ sekali sekala buatkan sendiri makanan segera kegemaran mereka seperti pizza, spegethi, roti dan lain2. Hasil tangan ibu pastinya mampu mengikat hati anak2 dan ahli keluarga. Apatah lagi ia madakan dirumah sudah tentu dijamin kebersihan dan keselamatannya.



Apa-apa pun, tidak salah jika ibu bapa memilih untuk berikan anak makanan tambahan seperti Mealshake yang mengandungi 24 jenis zat mineral dan vitamin, Vitalea yang lengkap dengan semua sumber nutrisi serta Chweble Vit C yang membantu meningkatkan sistem imun anak anak dan Omega yang membantu merangsang minda.

Ia lebih baik dati anda perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk rawatan penyakit mereka dimasa hadapan.

Yang penting sama-sama berusaha dalam memastikan generasi kita terus sihat, fizikal, mental, emosi dan rohani.

#wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM