TIPS HINDARI DIRI DARI MAKSIAT

Kali ni saya nak kongsi sedikit apda yang say perolehi dari pengalaman, dan pembelajaran sepanjang kehidupan saya terutama dalam menangani MAKSIAT.


Umum maklum bahawa maksiat adalah sesuatu yang dilarang dalam ajaran agama Islam atau sesuatu yang dalam kategori kurang baik. Maksiat ini boleh sahaja berlaku dengan pengaruh keadaan sekeliling atau boleh sahaja berlaku atas diri seseorang atau lebih tepat terlalu mengikut hawa nafsu sendiri. Dan semestinya maksiat akan membawa kepada kebinasaan bukan sahaja di dunia tetapi juga diakhirat. Pastilah dosa yang menjadi saksinya dalam catatan amal setiap orang.

Jadi hari ini saya mahu diri saya dan anda semua, kita cuba sedaya upaya untuk hindari diri dari melakukan maksiat. Yang lalu biarkan berlalu. Hari ini kita teruskan dengan keinsafan yang tinggi dalam diri.


TIPS HINDARI DIRI DARI MAKSIAT

  • NIAT (HATI) - wujudkan perasaan bersalah terhadap diri sendiri ketika atau pada perkara maksiat yang pernah kita lakukan. Perasaan bersalah ini akan membuatkan kita menyesal terhadap perbuatan tersebut dan mula mencari taubat. Inilah asalnya taubat, iaitu penyesalan. 
  • SOLAT TAUBAT - solat Taubat dilakukan sebaiknya setelah kita menyesali perbuatan maksiat tersebut. Solat sunat Taubat ini 2rakaat dimana kita menyerahkan diri kita pada Allah dengan memohon sebanyak-banyknya pengampunan dan kemaafan atas keterlanjuran sebagai hamba yang penuh dengan dosa dan noda. (Percayalah. Allah membuka seluas-luasnya pintu taubat selagi belum tibanya Hari Kiamat, maka mohon lah sebanyk-banyaknya pengampuan dari Nya. Kerana Allah lah sebaik-baik pengampun dan Maha pemberi ampun.)
  • ISTIGHFAR - ucapan astagfirullahalazim...bukan sahaja bertitip dibibir tetapi juga membawanya dengan hati. Lafazkan dengan kerap dan rasainya dengan penuh keinsafan.
  • ZIKIR - pengucapan tasbih, tahmid, dan takbir adalah ucapan yang boleh dijadikan sebagai zikir hairan. Ucapan 'Subahannallahi wabihamdi, subahannallahil azim' pula adalah ucapan keramat yang bermaksud 'Maha suci Allah dan pujian bagiNya, Maha suci Allah yang Teragung'.....
  • BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK/ALIM - Pernah dengan tak pepatah ada menyatakan 'Jika berkawan dengan dipembuat besi, kita akan terkena percikkannya, JIka berkawan dengan sipembuat minyak wangi, kita akan terasa harumnya'. Bergitu juga dengan kehidupan, pilih la kawan yang selalu menegur kearah kebaikkan, dan yang mengajak melakukan ibadah dan kebajikan. Tapi tak bermakna kita terus sisihkan kawan kita dahulu, boleh sahaja berbaik dengan mereka tetapi kurangkan masa bersama. Mungkin walaupun telah berubah tetapi masih lagi menganggap mereka sebagai rakan. Mereka akan lebih menghargai dan tertarik juga untuk sama-sama berhijrah. Siapa tahu. Hidayah itu milik Allah selamanya.
  • MAJLIS ILMU - selalu-selalulah menghadiri majlis ilmu. Jika tidak pun mendengar majlis ilmu dari televisyen atau radia atau dari internet sekali pun salagi ia memberikan ilmu yang bermanfaat pasti kita juga mendapat faedahnya. Majlis ilmu itu adalah taman-taman syurga. Tidak mahukah kita berada di dalamnya.... :)
  • MEMOHON MAAF - ini juga mendorong kita untuk menghidari dari maksiat iaitu memohon maaf. Sama ada kepada orang yang melakukan kesalahan atau kita sendiri yang bersalah. Meleraikan kekusutan itu juga akan membahagiakan jiwa kita. Apatah  lagi jika kemaafan itu kita mohon kepada kedua orang tua kita. Pasti doa-doa mereka mengiringi setiap perjalanan hidup kita dunia akhirat. Sedangkan doa ibu itu adalah doa mustajab yang Allah makbulkan. Maka pilih la untuk berbuat baik kepada kedua orang tuamu dama ada ibu bapa kandung mahupun mertua.



Wallahu'alam.
Semoga kita semua terhidar dari melakukan maksiat dari segi perbuatan mahupun hati (dalaman).

Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM