CARA ATASI RAMBUT GUGUR



Biasa tak kalian sikat rambut, tengok-tengok rambut yang tertinggal dekat sikat punye la banyak! Tak pun bangun-bangun tidur je tengok bantal penuh rambut, kalau dikaut boleh dapat dalam segenggam kot. Atau asyik-syik nak kena sapu lantai je sebab Nampak rambut sana sini.
Agak-agak apa yang kalian akan fikir?


"Eh!ape hal banyak bebeno rambut gugur ne?..."

"Ish! Aku ne ada sakit ke? Rambut gugur kalah orang buat kemo.."

"Weh! Nipis dah rambut kat kepala ne….dah kenapa? Huhuu… ….tak cantik dah…dah macam alien… sob.sob!"


Saya pasti ini antara ayat-ayat yang akan keluar dari mulut kalian. Sebabnya saya pun ernah alami keguguran gambut ne. Peh! Memang la rambut di kepala saya ne jenis tebal dan lebat, tapi dah kalau setiap kali sikat rambut yang tertinggal disikat tu pun banyak. Ngeri juga tengok. Apatah lagi rimas dengan rambut yang berlambak sana sini diatas lantai. So kali ini, saya sharekan sikit cara atasi rambut gugur ne.



CARA ATASI RAMBUT GUGUR

1. TOLONG! Jangan stress. Iya tidak akan membantu rambut anda tumbuh lebih lebat pun. So cool and lakukan langkah dibawah.
2. Jika terlalu serius(sampai kepala dah nak botak tanpa sebab kukuh) perkara utama yang anda perlu lakukan adalah dapatkan rawatan dari doctor bertauliah. Doktor pasti akan lakukan diagnosis terhadap sakit anda. Waktu tu anda akan tau punca sebenar apa yang berlaku. Ikut step doctor yang seterusnya.
3. Jika anda mengalami keguguran rambut tapi boleh la dikatakan terkawal dan tidak mahu ia menjadi lebih teruk. Anda boleh :-
-          lihat balik pencuci rambut anda adakah ia bersesuaian
-          Produk penjagaan rambut yang anda gunakan (pelembab/scrab/dan lain-lain)
-          Kenalpasti jenis kulit kepala (berminyak/kelemumur/kering/mudah luka)
-    Lihat pada label produk penjagaan rambut anda, apakah kandungannya, jika terdapat perkataan PARABEN sila buang teru ke dalam tong sampah. Sebeb ia adalah sampah yang merbahaya.
-          Check balik jadual anda mencuci rambut. Adakah setiap hari atau seminggu sekali?
-          Check juga sikat yang anda gunakan adakah ianya bersesuaian dengan jenis rambut anda


4. Jika semua di atas telah dilakukan. Dan anda masih belum bertemu jawapan. Cuba lihat pemakanan anda. Ya! Ramai yang tidak perasan atau saja buat tidak perasan. Apa sahaja yang berlaku pada tubuh kita dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah dipengaruhi oleh pemakanan dan gaya hidup. Kenapa saya katakana bergitu?
-  Kita mungkin tidak perasan penggunaan pengering rambut dengan kerap boleh menyebabkan rambut mengamali kekeringan dan mudah rapuh
-          Kita juga mungkin tidak perasan rambut yang masih basah atau lembab jika terus ditutup (pakai tudung) akan menyebabkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan sempurna selain mendatangkan bau yang kurang enak
-          Kita selalu ikat rambut agar kelihatan lebih kemas dan tidak mengganggu kerja kita, tetapi ikat rambut dalam jangka masa yang panjang dan terlalu ketat boleh menyebabkan struktur rambuh mudah rosak dan patah
-      Jika anda perasan, makan terlalu kerap makanan fastfood akan menyebabkan rambut gugur. Ini kerana kandungan dalam bahan terutamanya pengawet, pewarna dan perasa tiruan mengandungi bahan kimia yang bertindak balas positif terhadap tubuh.(sama ada anda perasan atau tidak, ia boleh bertindak balas positif terhadap kepala anda, system pencernaan dan lain-lain lagi.)
-          Kekurangan zat vitamin dan mineral juga turut menyumbang kepada keguguran rambut. Seperti zink dan protein. Protein sangat diperlukan dalam menghasilkan rambut yang kuat dan sihat. Manakala zink bertindak sebagai penyumbuh luka dibahagian permukaan dalam kulit kepala yang membantu akar rambut menjadi lebih kuat lagi.

Secara kesimpulannya, keguguran rambut ini masih boleh dirawat dengan anda sendiri menjaga dari sudut cara pemilihan produk penjagaan rambut yang baik, seperti  Set Hair Care Prosante. Menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan menjauhi stress, membiarkan rambut kering secara semula jadi, mengurangkan tekanan terhadap rambut. Dan yang terakhir sekali dari sudut pemakanan yang sihat dan pengambilan suplimen yang banyak membantu mendapatkan zat vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh secara keseluruhannya, seperti  ESP, Zink complex, Vitalea, Vivix, dan B complex.

Untuk dapatkan sebarang pertanyaan atau belian, anda boleh hubungi Haida.013-8529039.
FB : Haida Hashim
iG: Haida Hashim

email : aeizurashop@gmail.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM