Assalamualaikum semua.
Salam Maal Hijrah 1438H buat semua pembaca muslim sekelian.

Agak lewat sebenarnya post hari ne hehe....almaklum la...cecuti ne banyak pula undangan walimahtururus. Semoga kedua mempelai dalam jagaan Allah dan dikurniakan kebahagiaan dalam keluarga sakinah, mawaddah, warahmah. ☺😊

Oh.
Masih lagi berkisar tentang Maal Hijrah yang saya pasti ramai yang dah tahu peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad atas utusan Allah dalam menyampaikan dakwah Islam kepada semua umat manusia. Kisah bermulanya Maal Hijrah.

Tapi hari ini bukan sahaja Maal Hijrah itu sebagai peringatan semata, tetapi juga penghayatan dan diri kita sendiri. Cuba lihat sejauh mana kita ini menghayati penghijrahan Nabi. Adakah diri ini sendiri masih berada dalam tampok ruang kehidupan yang sama seperti sebelum-sebelum ini? Jika ya! Bermaksud kita masih tidak fahami makna sebenar penghijrahan yangvtelah Allah jadikannya sebagai panduan buat kita umat akhir zaman.

Mari lihat sejauh mana penghijrahan yang perlu kita lakukan.
✔ melakukan ibadah lebih baik lagi dari kebiasaan. Kalau sebelum ne solat lewat waktu, kali ini kita ubah kepada awal waktu. Jika sebelum ini 3kali je solat sehari. Mulakan sekarang untuk solat 5waktu sehari.

✔ mula jauhi perkara-perkara yang laghoh/kurang baik. Mungkin sebelum ne suke skodeng orang, tapi mulakan la dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti berjogging ke dan lain.lain.

✔ kawal tutur kata. Biasa dok sibuk mengupat orang....eleh dia tu macam bagus...(ha! Ngumpat saya la tu...hahaa), kali ne kita cakap yg penting2 je...yg berfaedah...boleh je kalau bersifat lawak jenaka asal tak sakitkan hati sesiapa

✔ baiki diri. Kalau sebelum ne malas! Suka tidur! Kuat makan! Pengotor! Tolong! Tolong! Berubah...kalian akan dapat rasai bertapa berharganya kehidupan jika kalian bertindak untuk berubah sekarang. Percayalah.

Semoga kita sama2 dapat perbaiki diri dari semasa ke semasa. Wallahu alam.

Salam Maal Hijrah semua.

Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM