TIPS MENJAGA PAKAIAN KESYANGAN ANDA




Baju!

Swahl!

T-shirt!

Seluar!

Skirt!


Peh!
Berpeluh nak tulis satu-satu. Hehee.....Maklum la ini la pakaian kita seharian. Pakaian ke tempat kerja, pakainan harian, pakaian berjalan-jalan, pakaian untuk ke majlis-majlis. dan sebagainya. Terutma pakaian kesayangan anda. Bagaimana nak pastikan pakaian tersebut tidak mudah rosak dan nampak buruk? JOM baca TIPS dibawah1




1. MENCUCI

  • selepas membasuh dan mengeringkan pakaian, pastikan ia TIDAK dibiarkan lama dalam mesin, sebaiknyaterus jemur di tempat yang panas.
  • pakaian yang terbiar akan menyebabkan fabrik mudah terdedah dengan pembiakan bakteria, selain mudah meeput
  • baju yang diperap terlalu lama juga akanberbau hapak dan lembab
  • anda juga perlu memastikan penggunaan pencuci pakaian yang sesuai kerana ia juga turut memberi kesan pada warna fabrik anda
  • elakkan mencuci fabrik pakaian yang  luntur warnanya bersama fabrik yang lain
  • sebaikknya jika anda membeli baju baru basuh lah ia terlebih dahulu. Tidak perlu menggunakan mesin cukup dengan rendam sekejap kemudian kocakkan sahaja bilas dan jemur. Waktu ini anda akan tahu sama ada fabrik yang anda beli menurun warnanya atau tidak.
  • asingkan basuhan pakaian biasa dan pakaian dalam. Itu lebih baik untuk memastikan  pakaian dalam anda bersih dan juga pakaian yang lain juga turut tidak terjejas.

2. JEMUR
  • jemurlah pakaian anda diruangan yang terbuka
  • sebaiknya dijemur dibawah sinaran pancaran matahari agar pakaian tersebut kering sepenuhnya
  • pakaian yang tidak kering sepenuhna akan memberikan kesan jangkamasa panjang terhadap fabrik pakaian tersebut.

3. LIPAT
  • elakkan pakaian yang diangkat dari jemuran berlonggok tanpa dilipat
  • kesannya pakaian tersebut akan lebih renyuk dan sukar untuk digosok
  • jika anda terlalu malas untuk melipat adalah lebih baik gantungkan pakaian anda supaya tuga mengosok lebih mudah
4. GOSOK
  • Sebaiknya, elakkan menggosok pakaian dalam keadaan lembap atau belum cukup kering kerana ia akan memberi kesan pada fabrik
  • secara tidak langsung warna, dan kualiti pakaian akan terjejas apabila ia terdedah kepada suhu panas melampau secara berulang-ulang kali
5. REHATKAN BAJU
  • hahaaaa.....macam kelakarkan, tetapi ia bermaksud pakaian tersebut tidak disarung berulangkali dalam jangkamasa yang singkat untuk mengelakkan pakaian tersebut mudah rosak
  • cubalah pakai berganti bagi tempoh dua atau tiga minggu terutamanya bagi pakaian kerja kecuali uniform khas kerja yang memang kena pakai hari hari...


Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM