Cara kekal Cergas dan Ceria sepanjang hari!



Salam sejahtera semua. 
Selamat tengahari. 
Eh! betulkan ....jam saya dah nak menunjukkan jan 12 tengahari ne hee...

Dah makan ke semua?...
Alhamdulillah jika dah, yang lain masih tunggu waktu rehat ya....relax...tak lama lagi dah tu... :)

Kalian masih cergas lagi ke? 
Mood ceria diawal pagi tadi masih lagi bersisa atau dah lenyam ditelan kelaparan.?...hehee....
Saja acah-acah kalian. Mana tau ada yang dah swing terus mood baik pagi tadi kepada mood kelaut huuu...iya la mungkin sebab bebanan tugas yang mula bertimbun, atau pagi tadi kena marah dengan bos, atau anak hari ni tiba-tiba buat perangai....hbis buat apa pun tak menjadi...

Relax.
Tarik nafas.
Tenang.

Mari saya tunjukkan beberapa cara untuk kita kekal ceria dan cergas sepanjang hari. Mana tau boleh diguna pakai dan dapat kembalikan keredaan pada jiwa dan senyuman yang manis kembali terukir dibibirmu nan indah itu..hehee..


CARA KEKAL CERGASA & CERIA SEPANJANG HARI
***************************************************



BAB 1
=====
1. Duduk tenang ditempat anda (ambil masa/curi masa sebentar). Duduk dalam keadaan posisi yang baik iaitu badan sandar pada kerusi dalam keadaan selesa.

2. Pejamkan masa sementara. Tarik nafas. Hembus nafas. (cuba untuk tidak fikirkan apa sahaja permasalahan yang sedang berlaku)

3. Bagi muslim digalakkan untuk berzikir dalam hati (sekurang-kurangnya 3kali tasbih, tahmid dan takbir - subahannallah, alhamdulillah, allahu akhbar)

4. Katakan pada diri - Ya Allah, aku ini hamba yang lemah, aku mohon sangat padaMu Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mengadapi semua ini. Aku mohon Kau permudahkanlah setiap urusanku ini Ya Tuhanku.

5. Buka mata & senyum (sambil hembus nafas) - inshaa Allah anda akan merasai sedikit kelegaan dan lebih bersemangat.




BAB 2
=====
1. Jika sekarang adalah waktu rehat anda. Tinggalkan semua kerja yang perlu diselesaikan dan terus menuju ke musollah (surau/tempat solat) lakukan solat sunat 2rakaat (solat taubat pun boleh juga).

2. Selepas solat barulah anda boleh ke kantin atau kedai makan berhampiran. Jika ada kerja yang sangat urgent untuk diselesaikan, saya cadangkan anda tapau/bungkus sahaja makanan tersebut dan makan ditempat kerja. (ini dapat menjimatkan masa ada) Habis makan boleh terus sambung kerja. *ini kalau benar-benar urgent ye jangan pula sampai anda kena marah lagi sekali sebab lambat siapkan (kiranya makanan waktu ne sebagai alas perut sahaja dulu huhuu...ni lebih baik dari anda dapat penyakit lain sebab tak makan..- kalau saya kompom sambar ESP, tak pun Cinch Coklat/Vanila/Latte..selamat dua-dua)

3. Jika waktu rehat anda adalah dalam waktu solat wajib (Zuhur) sebaiknya solatlah Zuhur dahulu baru ke kantin atau kedai makan.


BAB 3
=====
1. Sebarluaskan senyuman. Kalau masih tak mampu untuk bercakap, maka cubalah untuk tersenyum walau terpaksa. (Percayalah...anda akan dapati feel anda semakin baik bila anda mulakan semula senyuman anda yang manis itu ....)

2. Lakukan kerja yang perlu didahulukan terlebih dahulu. Yang wajib tu buat dulu ye....(walaupun anda tak menyukai kerja itu)...cubalah berkata, 'Wah!!! bestnya kerja ne....tak sabar nak siapkan!' - kompom cepat siap kerja tu hahaaa....Pastikan kalian dah siapkan Cinch Tea + madu + Lemon panas sebelah meja ya...lagi bersemangat nak siapkan kerja

3. Bertanya pada yang sepatutnya jika anda tidak tahu atau cuba bertanya pendapat orang lain. Mana tahu apa yang sedang anda lakukan itu dapat dihasilkan dengan lebih berkualiti dengan gabungan pendapat anda dan member sebelah. (sharing is caring what....hehe...)

4. Minta bantuan. Ya! minta la bantuan jika kerja tersebut memang dah tak boleh nak ngadap sorang-sorang...(bak kata pensyarah saya dulu...'jangan fikir kamu duduk sorang-sorang kat dunia ne , ya!'.).- peh! mendalam maksud dia beb!

*silap haribulan kerja dah disiapkan lebih cepat dan ohsem dari yang biasa. Dah tentula senyum dan gelak ketawa akan memecahkan kesunyian sebelum ini. So pasti anda akan lebih ceria dak. 

Balik nanti boleh la belanja kawan tu pekena roti canai ke, mee goreng ke, thats mean persahabatan. Susah dan senang. 


Ok!
Selamat mencuba ya..
Semoga menjadi manfaat untuk semua.. :)






Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM