WORLD #QURANHOUR
Bissmillahirohmanirohim....
Pernah tak kalian dengan 'earth hour' ? dimana waktu yang telah ditetapkan untuk kita sama-sama mematikan semua suis. Pasti pernahkan. Sebab ia telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu dan hingga kini setia tahun kita akan melakukannya. Orang panggil kempen selamatkan bumi.
Tapi apa pula Quran hour?
Ia adalah suatu idea yang diilhamkan oleh group Karangkraf, yang lebih dikenali sebagai gerakkan membudayakan Al Quran. Bermula pada tahun 2013, syarikat Karangkraf telah menanjurkan 'Aktifkan rumah ngaji' dan 'Malaysia mengaji' pada setiap 24 Ramadhan sejak 3 tahun yang lalu.
Kali ini World #Quranhour akan diadakan selama 1 jam pada 9 Zulhijrah bersamaan 11 Septemer 2016 di seluruh Malaysia, bergitu juga diluar negara yang terdapat rakyat Malaysia, alumni UIAM di 31 lokasi luar negara, Madrasah Sulaimaniyah di lebih 156 negara, Bayyinah dan gabungan Muslim NGO di seluruh dunia.
Menurut, Dato' Husamuddin, World #QuranHour adalah masa untuk mengajak orang ramai mendekati, dan berinteraksi dengan Al Quran. Ditambah dengan ucap beliau semasa di Majlis Perkongsian dan Sinegi Kempen sejam bersama Al Quran sempena World Quran Hour.
“Dilema umat Islam di seluruh dunia (hari ini) adalah kita ini umat yang corot – terutamanya dari segi akhlak. Sedangkan tarikan utama umat Islam zaman dahulu (zaman Rasulullah SAW) adalah akhlak. Tapi kalau kita perhatikan akhlak kita, akhlak jiran, akhlak masyarakat sekeliling kita, kita kena ‘pakai topeng’ (sebab malu). Puncanya adalah kerana orang Islam sendiri tidak memahami Islam.”
Sehubungan dengan itu, kita semua disarankan untuk sama-sama menjayakan gerakkan ini. Bagi mengembalikan semula pemahaman dan penghayatan Al Quran dalam diri umat Islam. Ia adalah sebuah tanggungjawap yang harus dipikul oleh seluruh umat Islam.
Jom!
Sama - sama kita jayakan. Lebih baik lagi kita mulakan dari sekarang. Mungkin tips dibawah boleh digunakan sebagai permulaan.
TIPS MEMBUDAYAKAN AL QURAN
1. Niat dengan jelas. Mohon pada Allah agar diberi ruang dan masa untuk membaca Al Quran.
2. Sehari sebaris ayat setiap kali selepas solat.
3. Mulakan dengan surah-surah pendek.
4. Ajak ahli keluarga untuk sama-sama mempelajari Al Quran sama ada dirumah atau di mana-mana yang ada guru mengajarnya.
5. Menghadir kelas-kelas mengaji
6. Perbaiki satu-persatu bacaan dengan bimbingan guru
7. Sediakan senaskah Al Qurn kecil agar mudah untuk dibawa ke mana-mana
8. Biasakan membuka rancangan mengaji atau bacaan ayat-ayat Al Quran di rumah atau di dalam kenderaan

Comments
Post a Comment