TIPS BAHAGI MASA




Ironinya bergitu.
Punya masa 24jam sehari.
Punya detik 1,440 minit sehari.
Ada 7hari seminggu.
Ada 4minggu sebulan.
Pasti lengkap 12bulan setahun.

Tapii.....kenapa masih ada yang cakap tak cukup masa?
Em...salah masa?...atau salah kita?

Apa-apa pun jom kita selidiki bagaimana masa dapat dibahagiakan dengan sebainya dan dapat digunakan sepenuhnya.

=================
TIPS BAHAGI MASA
=================

1. Pastikan anda kenali mana satu kerja hakiki(wajib buat sepeti pergi bekerja di pejabat bagi yang bekerja diluar/ menguruskan semua hal rumah tangga bagi yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa), dan mana satu kerja sampingan (kerja yang pelu dilakukan tetapi masih boleh ditinggalkan seperti melakukan hobi sendiri)

2. Listkan semuanya mengikut keutamaan. Jika boleh anda perlu ada diari sendiri yang boleh anda tulis apa yang perlu dilakukan. Atau bagi surirumah atau saya sendiri, beli satu papan whiteboard kecil dan tulis disitu apa yang perlu dilakukan. Kalau diari dah ada siap tarikh dan hari so lebih mudah lagi nak setting perkara apa yang perlu dibuat pada hari itu.

3. Niatkan bagun pagi untuk sujud pada ilahi sebagai tanda kesyukuran masih diberi nafas untuk hidup kembali dan menjalankan amanah yang diberi.

4. Persiapkan diri dahulu, terutama bersihkan diri (mandi). Biasa kita dengar ibu-ibu akan persiapkan anak-anak dan suami dulukan. Kali ini cuba tukar persepsi, bahawa kita dahulu yang perlu disiapkan. Kemudian baru uruskan anak-anak dan suami. Sebabnya selagi kita ni tak mandi, kita akan merasa semua benda pun tak siap-saip lagi. Heheee...

5. Buatkan jadual bertugas untuk ahli keluarga. Contohnya, hari isnin abang buang sampah, kakak basuh pinggan dan lain-lain. Jika anak masih kecil, bincang dengan suami apa yang dia boleh bantu. 

6. Sediakan bakul baju basahan untuk mengelakkan lambakan baju-baju yang telah dipakai. (kornag...sekali sekala, kalau ada yang tak faham bahasa nak masukkan baju kotor dalam bakul...biarkan je baju tersebut....jika ditanya, jawab je...saya hanya basuh baju kotor sahaja, dan baju kotor hanya ada dalam bakul. Baju awak yang sangkut kat pintu tu bersihkan?..sebab tu sangkut kat situ...hahahaaaa)

7. Anda usah risau jika rumah anda bersepah kerana ada anak-anak kecil, tapi risaulah jika anda cuma tinggal berdua atau seorang tapi rumah macam tongkang pecah hehee... Maksudnya, anda perlukan sesuatu yang baru. oh! bukan perabot baru, cuma kemaskan sahaja rumah anda tetapi mengubah kedudukannya. Tak payah la hari-hari, sebulan sekali pun dah ok!

8. Macam mana sibuk sekali pun tetapkan hari minggu sebagai hari bersama keluarga atau rakan-rakan. Masa untuk anda rest! Masa untuk anda shopping barangan peribadi atau baranagn rumah!

9. Jika anda seorang yang memasak dirumah, ada baiknya anda siapkan semuanya untuk seminggu. Contohnya, blend semua bawang merah, bawang putih, cili kering dan lain-lain masukan dalam bekas berasingan. Bila nak masak tinggal ambil sahaja. Ada yang lebih rajin perapkan sekali bahan dengan ikan/daging/ayam yang akan dimasak. Sampai masa tinggal panas minyak je....hehe...

10. Lipat baju. Pat paling malas sekali nak buat...hahaa..(saya la tu...). Jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai ajarlah mereka untuk lipat sendiri baju masing-masing. Lebih baik jika baju tersebut asingkan ke dalam bakul masing-masing. Bagi anak-anak kecil, sebenarnya baju mereka ne tidaklah banyak sangat tetapi jika anda boleh khususkan masa 2 hari seminggu untuk lipat baju adalah lebih baik. Lagi baik ajak encik suami sekali hehee...

11. Gaji. Setiap kali sehari sebelum dapat gaji, pastikan anda listkan semua kewajiban yang perlu anda langsaikan. Contohnya, bayar duit kereta, bayar duit rumah, bayar bil-bil api dan air, bil astro, apa-apa je lah bil yang ada. Tetapkan siapa yang berlu bayar, anda atau suami jika ada. Jika anda seorang, pilih 1 hari untuk anda selesaikan semua hal berkaitan bil & bayaran sahaja.




Hakikatnya memang sukar untuk membahagikan masa sebaiknya. Tetapi kita boleh jika kita betul-betul telah tetapkan hari atau masa tertentu untuk selesaikan perkara-perkara tertentu. Yang penting, anda merancang. 

~ Orang merancang untuk berjaya ~
~ Orang gagal kerana tidak merancang ~

Dan sebaik-baik perancang adalah dari Allah s.w.t
Wallahu'alam...




Eh!
Korang penat ke nak uruskan semua kerja-kerja tersebut?..
Jangan risau, saya ada amalkan minuman bertenaga ESP, VIVIX, OSTEMATRIX, PERFORMANCE DRINK....alhamdulillah, dapat berikan tenaga tambahan dan mengurangkan sakit dan sengal-sengal badan.


SEKIAN.

#haida-0138529039

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM