TANDA-TANDA ANDA DIJANGKITI DENGGI
Oh sebenarnya memang nak cerita pasal hal lain...tapi disebabkan semalam saya ke klinik untuk pemeriksaan...macam-maca saya dengar berkaitan kese demam denggi ne.. Ya Allah, rupanya makin menjadi-jadi sekarang ne...Hari tu ada juga dengan dari Kementerian Kesihatan bahawa kes demam denggi akan meningkat (dalam jangkaan) selepas Raya Aidilfitri yang lalu.... dan betul lah jangkaan tu... Dalam sehari je...kes denggi yang dilaporkan melebihi 10 kes bagi kawasan-kawasan tertentu. Dan kawasan yang lebih berisiko seperti di Klang mencatatkan peningkatan sebanyak 5 ke 8 kes bagi satu-satu hari....
Risaukan.....
Disini saya nak ambil kesempatan kepada pembaca-pembaca untuk sam-sama ingat mengingati antara satu sama lain. Mari kita lihat ada tak TANDA-TANDA DEMAM DENGGI ini pada diri sendiri atau ahli keluarga kita.
APAKAH TANDA-TANDA DEMAM DENGGI?
- kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga hari ke 14 selepas digigit nyamuk yang dijangkiti (biasanya diantara 4 hingga 7 hari
- ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata, otot dan sendi.
- terdapat ruam-ruam merah pada permukaan kulit dan biasanya akan kelihatan pada hari k3 dan ke 4 selepas demam
- suhu badan boleh mencapai 40'c - 41'c dan biasanya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari
- boleh berlaku serangan sawan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
- mengalami muntah dan kurang selera makan
simptom Denggi
Jika anda ada tanda-tanda ini segera la berjumpa doktor yang berhampiran (lebih baik pergi klinik kerajaan)....bukan apa biasa demam ne bila kita pergi klinik kompom dapat penadol hehee....sedangkan demam denggi memang sukar dikesan diperingkat awal....
Solusinya, jika anda mula demam pastikan anda minum air lebih dari kebiasaan, Makan vitamin C untuk tingkatkan sistem imun dalam badan. Tetapi jika demam anda terus berlarutan anda dapatkanlah segera nasihat doktor dan teruskan pengambilan suplimen bagi membantu mengurangkan risiko demam denggi ini. Atau anda boleh rujuk di CARA-CARA ATASI DEMAM DENGGI disini.


Comments
Post a Comment