KUIH KERIA ANTARABANGSA MELAKA



Bila berjalan di Negeri Melaka, jangan sekali pun ada melupakan 'Kuih Keria Antarabangsa' yang terletak di Jalan Limbongan. Mana taknya, jika ditanya menu makanan yang menarik di Melaka pasti ramai yang akan kata 'kuih' istimewa ini. 

Berkedudukan di tepi jalan utama dan bersebelahan dengan Masjid Limbongan, kedai ini sangat mudah untuk didapati. Tetapi besiap sedialah untuk beratur panjang bagi mendapatkan kuih ini hehee.... Bukan apa, ramai sangat peminatnya. Dan mereka sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai sendiri keenakkan Kuih Tradisional Melaka ini. Yummy!!~

Meh, saya kongsikan sedikit ramuannya. Hampir sama dengan kuih keria biasa, iaitu diperbuat daripada Keledek, tepung, sedikit air dan secubit garam, bezanya kuih keria ini disira menggunakan Gula Melaka. Kelainan inilah yang mengundang tarikkan kepada penggemar makanan.



Jom, jalan-jalan di Melaka dan jangan lupa singgah di gerai 'Kuih Keria Antarabangsa' Limbongan ini.










Anda mencari sesuatu untuk atasi bagi mengatasi masalah perut. 
Atasinya dengan 
#setdetox
ALFAFA
HERB LAX
DTX COMPLEX
VIVIX
PEPPERMINT GINGER PLUS

#haida0138529039


Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM