CARA MENGATASI KELETIHAN
Saya yakin pasti ramai dalam kalangan kita yang mengalami 'keletihan', paling kurang pun mungkin seminggu sekali atau lebih teruk terlalu kerap ia berlaku dalam satu-satu masa. Tetapi kita sendiri tidak mengetahuinya asbab keletihan tersebut terjadi.
Kenali beberapa simptom 'keletihan'
1. Rasa mengantuk yang kerap
2. Merasa lesu sentiasa
3. Tidak mempunyai 'mood' yang baik/mood berubah-ubah
4. Tidak bertenaga untuk melakukan kerja harian
5. Stress tidak semena/ tiba-tiba rasa stress tanpa sebab
6. Tidak fokus dalam apa juga yang dilakukan/yang berlaku disekelilingnya
7. Kerja yang dilakukan tidak berkualiti seperti biasa
8. Tidak dapat buat keputusan yang tepat/sukar membuat keputusan
Sebab-sebab keletihan
1. Kekurangan air (Dehidrasi)
Tubuh yang mengalami kekurangan air kerap kali mengalami keletihan. Ini kerana air adalah bekalan Oksigen yang disalurakan dalam darah. Kurang air bermaksud kurang darah beroksigen yang dapat disalurkan ke seluruh anggota badan.
2. Kurang tidur yang berkualiti.
Maksud disini adalah, tidur yang lena tanpa gangguan. Tidur berkualiti adalah di waktu malam pada jam 9 malam sehingga 3/4 pagi. Waktu ini, organ dalam badan kita dapat berehat sepenuhnya dan menjalankan fungsinya dengan lebih baik tanpa sebarang tekanan. Walau bagaimanapun, anda digalkkan tidur seketika atau 'nap' di waktu tengahari. Ini akan memberi kesegaran semula kepada minda dan tubuh setelah mula bekerja sedari bangun awal pagi.
3. Stress
Tekanan atau stress ini sememangnya akan memberi efek pada tubuh. Semakin banyak kita memikirkan masalah, semakin badan merasa letih. Semakin anda rasa tertekan dengan permasalah jiwa (merajuk/kecewa/sedih) anda akan merasa kepenatan pada tubuh.
4. Aktiviti fizikal yang berlebihan
Mungkin dalam suatu ketika anda perlu melakukan aktiviti berlebihan luar dari kebiasaaan aktiviti anda. Sebab itu badan merasa letih. Tubuh badan yang mengalami perubahan lebih dari kebiasaan sememangnya akan merasa keletihan luarbiasa. Tetapi ia akan kembali normal bila anda kembali kepada aktiviti biasa.
5. Keadaan kesihatan
Kerap kali kita merasa tubuh kita ini sihat sentiasa. Jika merasa letih pun masih lagi kita rasa ia perkara biasa dan hanya seketika. Apa kata kali ini anda pergi lakukan medical checkup. Untuk lihat sendiri adakah anda mempunyai sebarang pesakit atau ianya sekadar keletihan biasa.
6. Kekurangan zat besi
Zar besi merupakan uncur mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dan mengeluarkan bahan buangan dari sel. Jika anda mengalami kekurangan zat besi ia akan menyebabkan fungsi organ tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan badan akan mengalami keletihan
Cara mengatasi Keletihan
1. Sebaiknya anda amalkan minuman air biasa/air putih yang tidak mengandungi gula putih. Ini kerana air manis/berkafein/bikarbonat sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh bago organ menjalankan fungsinya. Hanya air biasa/air putih sahaja yang diperlukan sebagai melengkapkan cecair dalam badan.
2. Seperti diatas. Pastikan anda ubah semula jadual tidur anda. Tidur awal dan bangun awal. Itu lebih baik. Masa tidur yang berkualiti bagi orang dewasa adalah 5 hingga 6 jam sehari.
3. Stress boleh diatasi dengan cara, anda senaraikan semua yang menjadi bebanan anda sebelum ini. Tulis semuanya. Kemudian anda senaraikan pula apa yang anda boleh lakukan/perkara yang mengembirakan anda. Anda pasti temui jawapannya. Dapat hidup kembali setelah tidur semalaman juga sesuatu yang mengembirakan. Maka senyumlah. Hari sentiasa indah untuk anda!
4. Jika aktiviti fizikal berlebihan yang menjadi punca. Cari suatu masa untuk anda duduk/baring seketika sambil membayangkan yang ianya adalah sesuatau kepuasan. So lakukan satu-perstu atau anda boleh minta tolong dari sesiapa yang berhampiran. Hidup inikan untuk saling membantu ! :)
5. Ya! Melakukan medical check up memang sangat digeruni oleh sesiapa pun. Bukan gerun dengan doktor, tetapi dengan result yang bakal diperolehi. Tenang dan tenang. Lebih baik anda mengetahuinya sekarang dari anda tiba-tiba sakit tenat. Sekurang-kurangnya anda masih berpeluang untuk menjari jalan mengubatinya. Dunt give up! Hidup perlu diteruskan.
6. Kekurangan zat besi boleh diatasi dengan pengambilan supliment.
Supliment yang membantu anda atasi keletihan
1. Zink
2. Cinch Tea
3. ESP
4. Vivix
5. Vitamin C
6. Vitalea
7. Ostematrix
8. B complex
Comments
Post a Comment