5 TIPS MUDAH BERNIAGA ONLINE
Assalamualaikum semua & salam sejahtera.
Hari ne saja je saya nak kongsikan dengan anda semua Tips mudah berniaga secara Online. Maklumla sekarang ne, dunia semakin canggih, penggunaan teknologi semakin meluas, semuanya boleh didapati hanya dengan duduk dan klik dihujung jari anda. Semakin maju penggunan teknologi, semakin tinggi pasaran yang boleh dilakukan dan semakin banyak perniagaan yang boleh dijalankan.
Jom ikuti tips berikut.
5 TIPS MUDAH BERNIAGA ONLINE
=============================
1. Kenali dengan jelas produk yang ingin anda pasarkan.
- Anda perlu tahu produk anda secara jelas iaitu keluaran mana, khasiat dan faedah, tempoh penghantaran kepada pelanggan, tarikh-tarikh penting seperti expired date, dan lain-lain lagi. Sekarang ne dah banyak produk dalam pasaran. Contoh, produk Shaklee. Search aje kat internet pasti keluar semua yang berkaitan dengan produk Shaklee ne. Bila dah kenal baru kita lebih yakin nak mulakan perniagaan kita.... (psss...siapa yang nak join Shaklee, meh watsapp kita di Haida.013-8529039 :) atau daftar je dekat HQ guna ID ne... 1146643.)
2. Tetapkan medium mana yang anda akan gunakan.
- Anda boleh pilih medium seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Whatsapp group, Telegram group dan macam-macam lagi. Yang penting, anda mesti mesra dengan apa medium yang anda guna. Maksudnya...mudah la bagi anda untuk mengiklankan produk-produk anda. (Jangan hanya lihat orang lain guna, kita pun nak guna macam-macam...tapi lepas tu semua ke laut...huhuuu)
3. Fokus
- Anda perlu fokus pada setiap medium yang anda pilih. Dimana, anda telah tetapkan berapa ramai pelanggan yang boleh anda tarik dalam setiap post. Contoh, jika anda jual barangan produk kesihatan, pastikan post anda berkaitan dengan penyakit yang sering/kerap dialami oleh pelanggan seperti wanita = senggugut waktu period, so produk anda mestilah untuk mengurangkan kesakitan tersebut bukan berkaitan sakit jantung....
4. Kenali waktu yang sesuai untuk post sesuatu iklan
- 8 pagi hingga 9 pagi - post berkaitan kata-kata motivasi/semangat/positif (pastikan anda mulakan hari dengan sesuatu yang positif, walaupun hanya senyuman yang bergaris dibibir..)
- 9 pagi hingga 10 pagi - post berkaitan #korangtautak cerita la yang berkaitan dengan produk korang (guna bahasa yang simple je...tak payah nak formal sangat, tapi jangan pula terlalu guna bahasa pasar sampai orang yang baca tak faham...)
- 11 pagi hingga 12 tengahari - post poster @ gambar2 yang menarik
- 12 tengahari hingga 1 petang - post berkaitan kebaikkan/kelebihan/khasiat produk anda
- 1 petang hingga 3petang - post cerita kelakar/gamabar lawak jenaka yang boleh menarik pelanggan untuk terus setia menanti post kita yang berikutnya...
- 3 petang hingga 5 petang - post apa yang korang akan buat / telah lakukan untuk hari ini, semalam atau esok....contoh, balik kerja nanti saya nak ke rumah Cik Nad la, nak hantar OMEGA, VIVIX, GLA COMPLEX dan COLLAGEN yang dia order semalam...Tak sabar rasanya nak tengok Cik Nad kembali berseri selepas bersalin ...hehee...:)
- 5 petang hingga 7 petang - post check in di mana, Contoh, alaaaa....hujan lebat la pula macam mana nak balik rumah ne.....Ok xpe la...kita ambik order dulu untuk petang ne. Jom!...- check in , Pengedar Shaklee Masjid Tanah, Haida. 013-8529039
- 7 petang hingga 9 malam - post poster berkatan produk anda/testimoni ke/cara guna produk ke..
- 9 malam hingga 10/11 malam - post cerita yang anda alami,/cerita feedback pelanggan anda/ yang berkaitan produk dan keberkesannnya seperti, Tadi pergi pejabat pos nak pos VIVIX cust terserempak pula dengan kucing comel ne...Rasa geram, macam nak ambik bawa balik je....tapi memikirkan sendiri yang alah dengan bulu kucing kena fikir banyak kali. Rasanya memang kena standby Basic H kat rumah untuk kurangkan risiko alahan pada kucing ne...
5. Set jadual
- Jika anda seorang yang sangat sibuk tetapi masih mahu berniaga. Gunakan schedule adalah pilihan yang bijak. Buat post anda siap-siap 5@10 post sehari kemudian setkan je jadualnya, waktu bila anda nak post tersebut naik di wall anda. Schedule ini kalau di Blog memang ada, tapi di FB atau iG anda kena download Buffer dulu...
Ok.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment