10 CARA MENDAPATKAN PAHALA YANG BERPANJANGAN
Mesti ramaikan yang inginkan PAHALA. Iyalah sebagai seorang muslim, kita memang mendambarkan pahala kerana ia bekalan ke akhirat nanti. Bagi umat Islam, kehidupan di dunia ini adalah persinggahan yang menuntut kita untuk meraih seberapa banyak amalan yang boleh dibawa selepas hari kebangkitan. Mari kita tambahkan amalan dan pahala yang berkekalan.
10 CARA MENDAPATKAN PAHALA YANG BERPANJANGAN
- Beli naskah Al Quran dan hadiahkan pada seseorang. Setiap kali orang itu membacanya, kita juga akan dapat ganjarannya.
- Beli kerusi roda dan hadiahkan kepada hospital. Sesiapa sahaja yang menggunakannya, kita akan dapat pahalanya.
- Jika anda suka menulis, tulislah yang baik-baik. Sesiapa sahaja yang membaca dan melakukan kebaikkan sebab terkesan dari hasil tulisan tersebut. Kita juga turut dapat pahala kebaikkannya.
- Ajarkan/sampaikan ilmu-ilmu bermanfaat. Selagi mana ilmu itu digunakan dan disampaikan kepada orang lain serta mereka mengamalkannya selagi itu la kita akan dapat manfaat darinya.
- Niatkan setiap pekerjaan dalam mencari rezeki untuk anak-anak dan ahli keluarga adalah sedekah jariah kita.
- Memberikan sedekah dalam bentuk bantuan kepada anak-anak, anak-anak sedara, anak-anak yatim atau anak-anak yang sedang belajar terutamanya belajar ilmu agama.
- Memberi sumbangan dalam pembinaan masjid atau surau untuk kegunaan orang ramai.
- Membuka saliran air/perigi/bekalan air agar dapat digunakan oleh orang lain.
- Bina sekolah untuk anak-anak belajar terutamanya belajar agama.
- Tanamlah tumbuh-tumbuhan, selagi mana ia mengeluarkan hasil dan dapat dirasai leh orang lain selagi itu kita dapat pahalanya.
Membina/membeli/membuat semua itu bukan bererti kita perlukan modal yang besar. Cukup sekadar niat yang ikhlas dan kita sumbangkan ikut kemampuan. Berdoalah semoga Allah menerima semua amalan kita.
Comments
Post a Comment