Wanita 30an cenderung mendapat PENYAKIT OSTEOPOROSIS

Wanita dan kerapuhan tulang





Tulang manusia berada dalam keseimbangan dinamik di mana akan berlakunya keadaan sel-sel membaiki dan memulihkan struktur tulang. Tulang terbentuk dari bahan asas KALSIUM dan PROTEIN. Terdapat dua jenis tulang dalam tubuh manusia iaitu Tulang Jenis Padat dan Tulang Jenis Span. Tulang Jenis Span sering kali dikesan mengalami kerapuhan seperti di tulang belakang, tulang pinggul dan juga pergelangan tangan.


Kerapuhan tulang (Osteoporosis) akan berlaku sekiranya kerosakan dan kehilangan tulang berlaku lebih cepat daripada pemulihannya. Akibatnya tulang menjadi mudah patah, rosak dan lebih sensitif. 


TAHUKAH ANDA?

Wanita yang berusia kurang dari 30tahun, penggantian dan pembentukkan struktur tulang banyak berlaku dan lebih pantas dari kerosakan yang berlaku.

TETAPI tidak bagi wanita yang berusia 30tahun keatas. Proses dinamik tulang berubah di mana kerosakkan serta perlarulatan tulang lebih pantas daripada pemulihannya.


PENYAKIT OSTEOPOROSIS

Tulang normal terdiri daripada protein, collagen dan kalsium yang mana memberi kekuatan kepada tulang. Tulang yang telah dijangkiti osteoporosis akan mudah patah walaupun pada kecederaan kecil yang lazimnya tidak akan mengakibatkan kepatahan. Tulang belakang, tulang rusuk, tulang punggung, dan tulang pinggang merupakan tempat yang biasa mengalami retakan atau patah akibat osteoporosis.

Penyebab yang membawa kepada masalah ini ialah penurunan kadar estrogen dalam diri wanita semasa menopause dan penurunan testosterone pada lelaki. Wanita berumur 50 dan lelaki berumur 70 tahun mempunyai risiko paling tinggi untuk mendapat penyakit osteoporosis ini.


Walau bagaimana pun, penyakit osteoporosis tidak dapat dikesan dari awal. Tetapi ia boleh diketahui apabila anda mula rasa dan kesan tanda-tanda seperti berikut:-
- kesakitan pada tulang
- retakan dengan sedikit atau tiada trauma
- hilang ketinggian (sebanyak 6inci)
- sakit pada bahagian belakang
- sakit leher/tengkok

RAWATAN 
1. Ubat dan rawatan akan diberikan oleh pakar perubatan/doktor kepada pesakit bagi mengawal dan memperlahankan kadar kerapuhan.
2. Senamanan.
Boleh dilakukan tetapi hanya dengan intensiti yang rendah dan bebanan yang rendah. Kerap lakukan senaman reganggan mengikut kemampuan tubuh individu. Fokus kepada aktiviti senamanyang lebih fleksibel.

3. Diet. 

Tubuh memerlukan nutrisi yang lengkap bagi keperluan tubuh terutamanya dalam penjagaan tulang kita. Oleh itu, anda memerlukan makanan yang berkhasiat seperti kalsium, dan vitamin D yang akan membantu kepada penyerapan kalsium dalam tubuh individu. Anda juga boleh dapatkan makanan tambahan yang membantu dalam proses melambatkan dan mengurangkan tahap kerapuhan tulang seperti :-



#Collagen

collagen membantu pembentukkan struktur tulang




#Ostemetrix

membekalkan kalsium bagi keperluan tubuh dan tulang anda




#ESP


untuk dapatkan barangan atau maklumat sila hubungi Haida Hashim 013-8529039
untuk lakukan beliaan secara sendiri anda boleh terus beli di HQ dengan ID 1146643







Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM