TIPS ATASI RESDUNG / SINUS


Hari ini saya akan mengupas sedikit berkaitan dengan penyakit RESDUNG ATAU SINUS. Mesti ramai dalam kalangan anda yang pernah mendengar atau mengalami sakit ini. Sebelum tu mari kita kenali maksud sinu dan resdung. Adakah ia berbeza tau sama?


> Sinus didefinisi sebagai satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid.

> ‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.


DUA JENIS PENYAKIT UTAMA YANG SERING DIKAITKAN DENGAN ISTILAH 'RESDUNG' & 'SINUS'

1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)
Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.
Pesakit ‘allergic rhinitis’ biasanya mempunyai ‘turbinate’ yang besar, pada orang biasa, salah satu fungsinya ialah untuk melembapkan rongga hidung. Rawatan ialah ubat antihistamin bagi kes yang ringan dan ubat semburan hidung jenis steroid bagi kes yang teruk.
2. Sinusitis
Dalam penyakit ini, seseoramg itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.
Doktor akan melakukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.
Kesimpulannya, tidak kira apa jenis istilah atau perkataan yang orang gunakan untuk merujuk kepada gejala atau penyakit mereka, kita perlu mengupas sejarah penyakit dan menjalankan ujian fizikal tertentu untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang betul.

KENALI SUPPLEMENT UNTUK ATASI MASALAH SINUS/RESDUNG

1. Alfafa
2. Vitamin C
3. B-Complex
4. Nutriferon



Hubungi 013-8529039 untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian.


Comments

Popular posts from this blog

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM