TIPS PUASA yang berkualiti

Allahu akhbar!
Alhamdulillah, hari ne masuk hari ke-5 dalam bulan Ramadan. Maksudnya dah 5hari umat Islam berpuasa. Ia biasa akan berlaku di bulan puasa atau hakikatnya Malaysia sememangnya mengalami ilkim khatulistiwa dimana, taburan hujan dan panasnya adalah sekata.


Tetapi mungkin disebabkan kita puasa, kita akan rasa setiap kali bulan ramadan cuaca akan menjadi panas terik! Em...permuaan puasa di kampung saya, di Muar, kampung kami dibasai dengan rintik hujan. Syukur ia tidak langsung memberi kesan terhadap puasa kami. Rasa nyaman dan damai. Mula masuk hari ke -4 hingga sekarang baru cuaca panas menampakkan dirinya. Dan barulah mula terasa lelah dan penatnya puasa. Biasanya bila dan mula penat mesti rasa malas itu adakan? kalau dah malas mestilah kerja yang dilakukan pun sekadar ala kadar sahaja...Itu bukanlah petanda yang baik bagi seorang muslim terhadap pemandangan dan pemerhatian kaum non muslim. Islam tidak jadikan amalan wajib berpuasa dalam bulan Ramadan sebagai bulan bermalas-malasan!

Sikap & perasaan adalah dua perkara yang saling berkait rapat. Keduanya datang dari diri seseorang. Keadaan seseorang. Jika diri kita dalam keadaan yang baik, iaitu tubuh badan yang sihat pasti perasaan & sikap kita juga akan lebih baik serta menyenangkan. Lihat saja mereka yang mengalami sakit gusi  atau gigi. Kebiasaanya mereka yang mengalami sakit ini akan bersikap pendiam dan cepat marah tindakbalas dari perasaan yang kurang selesa akibat kesakitan. Sama juga dengan kita yang berpuasa, akibat dari tidak makan sepanjang hari dari waktu sahur hingga berbuka, ada yang mengalami emosi (perasaan) yang sedikit terganggu lantas akan membawa kepasa sikap yang kurang baik. Iaitu sikap bermalas-malasan. 

'Penat la...' 'Tak larat la nak siapkan kerja ne...' dan macam -macam alasan lagi yang kita beri ketika puasa ini. Pastinya sikap ini akan memberikan pandangan negatif terhadap kaum non muslim. Sedangkan Islam menanjurkan agar kita menunjukkan contoh yang baik terhadap mereka yang non muslim agar tertarik dan kagum dengan cari hidup Islam yang indah itu sendiri.

Ok. Mari kita ubah persepsi diri!

1. Ubah balik niat bahawa kita berpuasa kerana Allah. Bahawa Allah telah memberikan satu bulan dimana kita sebagai muslim boleh meraih sebanyaknya pahala, barakah dan pengampunan dari Allah kerana didalamnya ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga. Dan yakinlah bahawa janji Allah itu pasti.

2. Puasa melatih kita untuk bersabar dalam menghadapi dugaan hidup seperti mana mereka yang tidak mendapat cukup makan di negara-negara bergolak.

3. Bulan menyempurnakan akhlak. Akhlak yang baik dapat dibentuk dengan berpuasa. Sesiapa yang berpuasa tidaklah dibenarkan mereka untuk mengeluarkan kata-kata nista, mengumpat, berkelakuan tidak senonoh, malah menjaga perut kita untuk makan dan minum makanan yang berkhasiat.Semuanya  bermula dari puasa yang sempurna. Mereka akan rasai nikmat berpuasa ketika berbuka dan ketika hari raya. Dan sikap kesan dari puasa yang sempurna semetinya lebih baik dari sebelumnya.

4. Menjaga kesihatan. Selain tujuan utama puasa untuk ibadah, puasa juga merupakan salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan tubuh. Berpuasa akan memberi kerehatan kepada organ dalam tubuh untuk menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Dan makanan yang diambil semasa berbuka hendaklah yang mempunyai zat nutrisi yang mencukupi dan dalam jumlah yang sederhana. Ia juga dapat menbantu seseorang yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.


Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM