KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM TUBUH

Ramai yang sedia maklum khasiat Vitamin C terhadap tubuh badan. Tetapi mungkin ramai yang menyangka dengan hanya memakan makanan yang mengandungi vitamin C sudah memadai. Sedangkan tubuh memerlukan Vitamin C melebihi makanan yang diambil. Malah kebanyakkan makanan sekarang telah dicemari dengan bahan kimia sama ada semasa penanaman ataupunn pemprosesannya.

KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM TUBUH


1. Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin  mudah larut air yang memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen dan merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

2. Membantu proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
3. Mencegah LDL (lemak jahat)
Hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
4. Kulit cantik
Vitamin C  dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.
5. Membantu sistem imun tubuh lebih baik
Vitamin C yang diambil setiap hari sangat penting dalam mengantikan sel-sel mati dan membentuk sel-sel baru. Ini merupakan proses pertahanan badan yang baik dan mampu melawan penyakit.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU BELIAN BOLEH MELALUI 
013-8529039 (Haidazura)

Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM