7 LANGKAH MENGHADAPI RAMADHAN



Alhamdulillah....sekali lagi kita dihidupkan atas muka bumi Allah ini. Petanda bahawa Allah masih sayangkan kita. Memberi kita nafas, peluang untuk meraih seberapa banyak pahala & kesempatan memohon sebanyak-banyaknya pengampunan dari Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.

Lagi berbaki 2 hari je lagi kita akan berhadapan dengan bulan mulia iaitu Ramadhan Al Mubarak. Gembira, sedih, risau semua perasaan ini akan dialami bagi mereka yang benar-benar merasai kedatangan Ramadhan. Di sini saya akan kongsikan persiapan mengahadapi bulan mulia ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan & menjalankan ibadah puasa serta meraih pahala dan pengampunan dari Allah Ta'ala.

7 LANGKAH PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN

1. Berdoa agar kita dipertemukan dengan Bulan Ramadhan yang mulia. Sunggunh telah datang kepada kamu bulan yang mulia iaitu Ramadhan, dan sebelumnya dimulai dengan bulan Rejab dan Syaa'ban, maka berdoalah kalian dengan doa berikut :



2. Niat dengan ikhlas untuk mendapatkan Ramadhan.  Ikhlaskan hati dengan sebaik-baiknya agar Ramadhan yang datang merupankan tanda sayang Allah kepada hambaNya. Dengan niat bahawa Allah memberi bulan puasa ini sebagai bulan pengampunan dan rahmatNya terhadap manusia yang tidak terlepas dari dosa.

3. Banyakkan melakukan puasa sunat. Dengan ini kita akan terbiasa untuk menghadapi pulan puasa, Juga melatih tubuh badan kita agar lebih bersedia menghadapi puasa selama sebulan. Ia juga akan membantu menyihatkan tubuh badan dengan memilih makanan-makanan berkhasiat.

4. Melatih diri untuk terus istiqomah dalam melakukan solat-solat wajib pada awal waktu. Ini kerana solat awal waktu terdapat keberkatan didalamnya. Disamping dengan menambah solat sunat yang lain.

5. Perbanyakkan taubat kepada Allah agar kita dipertemukan dan diberi keizinan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna tanpa halangan.

6. Banyakkan bersedekah. Melazimi amalan bersedekah menjadikan kita sebagai orang yang tidak kedekut dan dimurahkan rezeki yang halal dan berkat.

7. Membiasakan diri melakukan Qiamulail, berzikir & membaca Al Quran. Melatih diri agar menguruskan masa dengan baik untuk melakukan Qiamulail, berzikir & membaca Al Quran dengan melakukan kerja harian agar semua dapat dilakukan dengan tenang dan tidak terasa terbeban apatah lagi apabila tibanya bulan puasa.



SELAMAT BERAMAL SEMUA^^



Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM