Peranan Ibu Bapa atau Diri sendiri

Alhamdulillah...
Perkara yang paling saya syukuri seawal pagi adalah apabila masih diberi nafas untuk hidup dibumi Allah dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamnahkan. Sangat bersyukur. Kehidupan kita bukanlah sesuatu yang sisa-sia atau disia-siakan. Pada kehidupan yang singkat di bumi Allah ini kita telah dilantik sebagai KHALIFAH. Ya...khalifah yang perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sejak dari dalam kandungan lagi.

Tanggungjawab sebagai khalifah :-
1. menjadi anak yang soleh/solehah
2. menjadi ibubapa/penjaga yang mithali
3. hamba yang beriman
4.menjadi masyaraat yang prihatin terdapat sesama manusia sama ada dipersekitaran atau yang jauh dimata.
5. menyebarkan kasih sayang
6. saling mengingatkan
7. sikap prihatin & empati terhadap keadaan sekeliling
8. dan yang paling utama adalah menyebarkan AGAMA ALLAH.

Jika kita telah pergi dari dunia ini, apakah yang kita yakin yang kita telah benar-benar melaksanakan tanggungjawab tersebut?

Sebagai ibu bapa / anak, masing-masing sangat berperanan antara satu sama lain.
Cuba lihat hari ini, terlalu banyak kes-kes kemalangan/kecelakaan yang melibatkan nyawa. Adakah nyawa hari ini sudah tidak bernilai?....dan bagaimanakah kehidupan yang masih tinggal di dunia apabila kita telah tiada?.....semuanya menuntut tanggungjawab dan keprihatinan kita terhadap orang-orang yang kita sayang.

Benarkah dengan gaji yang ada sudah cukup untuk menampung anak-anak yang ditinggalkan?
Benarkah simpanan kita benar-benar cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang hadir?
Benarkah insurans yang kita ambil benar-benar mampu melindungi keseluruhan ahli keluarga kita dari kes kecil hingga yang menyulitkan kehidupan seperti lumpuh dan sebagainya?
Benarkah kita benar-benar cukup dengan apa yang kita ada?

Dimasa kerajaan telah melaksanakan GST....ramai yang telah mengadu....pendapatan semakin berkurangan, bebanan tanggungan kehidupan yang semakin menghimpit, kos perubatan yang semakin tinggi, ia benar-benar menjerat kehidupan. bukan sahaja mereka tapi semua. Majoritinya memang akan merasai kesempitan ini.

Walau bagaimanapun, masih ada cara untuk mengatasi masalah ini.
USAHA ya! bukan sahaja anda berarak dan berdemonstrasi untuk penurunan harga dan GST. Tetapi yang lebih penting anda WAJIB mengubah cara hidup dan corak kehidupan anda.



Comments

Popular posts from this blog

TISU OTOT KOYAK ~ RAWATAN ALTERNATIF

TIPS HILANGKAN BINTIK- BINTIK PADA WAJAH

BAHAYA KEPADA PEMEGANG KAD ATM