7 LANGKAH MUDAH ATASI STRESS
STRES!!!
Perkataan yang sering digunakan untuk mengambarkan keadaan perasaan atau jiwa seseorang yang sedang dalam keadaan yang tertekan. Stres adalah tekanan yang hadir dari masalah yang timbul. Dengan keadaan semasa pada zaman sekarang ramai orang yang mengalami stres akibat daripada tekanan kehidupan, masalah dalam perhubungan, masalah ditempat kerja, masalah kewangan, masalah komunikasi, masalah diluarjangkaan.
Keadaan ini mudah saja mendatangkan tekanan pada diri seseorang, malahan jika tidak dikawal dengan baik boleh mendatangkan permasalahan yang lain pula. Contonhya, tekanan atau strStresess yang melampau boleh mendatangkan penyakit seperti darah tinggi atau sakit jantung. Ada juga apabila sudah tidak mampu mengawal stres tersebut membawa kepada permasalahan jiwa hingga hilang fokus pemikiran atau hilang pertimbangan diri seperti tidak menghiraukan keluarga atau ada juga yang membunuh diri. Dalam keadaan ini STRESS/TEKANAN perlu segera diatasi agar segala perkara yang tidak diingini berlaku.
7 LANGKAH MUDAH MENGATASI STRES
1. Jauhkan diri anda dari tempat yang terdapat banyak gangguan. Gangguan-gangguan ini boleh menyebabkan anda lagi tertekan. Pilihlah tempat yang sedikit sunyi dan tenang untuk anda mengambil masa bagi diri sendiri. Ini bagi membolehkan anda bernafas dengan tenang dan melupakan seketika permasalahan atau tekanan yang hadir.
2. Berkongsi masalah anda dengan rakan karib atau ahli keluarga yang rapat dan boleh dipercayai. 70% menunjukkan orang yang bercerita atau berkongsi masalah yang mereka hadapi dengan orang lain akan berasa lebih tenang dan terkawal emosi mereka ketika dalam keadaaan tertekan.
3. Lakukan aktiviti senaman. Dengan melakukan senaman kita akan mengerakkan anggota badan, secara tidak langsung otot dan saraf yang digerakkan akan memberi tindakbalas terhadap otak dalam memberikan rangsangan kepada Hormon Serotonin yang terdapat di otak. Aktiviti yang berbentuk senaman, yoga atau meditasi akan merangsang penambahan pada hormon Serotonin.
4. Bergaul mesra dengan jiran tetangga atau rakan - rakan baru. Anda boleh bertukar buah fikiran dan pandangan terhadap sesuatu perkara, dan hal ini akan mencambahkan lagi pengetahuan am anda untuk menghadapi sebarang masalah yang timbul. Anda juga boleh berkongsi minat yang sama untuk mengisi masa senggang dan melupakan seketika permasalahan yang wujud.
5. Corak pemakanan juga sangat penting dalam anda mengawal stress/tekanan.
i - Tahukah anda coklat boleh mengatasi stress/tekanan? Sebuah kajian di Swiss menemukan kandungan coklat dapat membantu mengurangkan peningkatan hormon stress dari kelenjar adrenal. Sebab itu ramai orang akan membeli dan makan coklat untuk atasi masalah tekanan ini. Dalam produk kami, Cinch coklat sangat berguna untuk anda atasi masalah tekanan ini.^^
ii - Green Tea @ Cinch Tea merupakan minuman yang sering digunakan oleh masyarakat Cina dalam kehidupan harian mereka. Ini kerana teh hijau sangat berkhasiat dalam membekalkan antioksidan yang tinggi pada tubuh. Secara tidak langsung ia juga menyumbang kepada tubuh yang lebih ringan, sihat dan cergas!
iii - B Complex - emm...ramai orang menyangka B complex adalah vitamin utnuk menambah berat badan atau selera makan...tetapi sebenarnya B complex berperanan dalam membaiki sel darah merah (sel darah merah yang baik akan membekalkan oksigen yang cukup kepada seluruh anggota badan), menghasilkan tenaga tambahan dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir, selain itu ia juga dapat menangani stress dan menguatkan antibodi badan.
Comments
Post a Comment