Posts

Showing posts from 2015

Wanita 30an cenderung mendapat PENYAKIT OSTEOPOROSIS

Image
Wanita dan kerapuhan tulang Tulang manusia berada dalam keseimbangan dinamik di mana akan berlakunya keadaan sel-sel membaiki dan memulihkan struktur tulang. Tulang terbentuk dari bahan asas KALSIUM dan PROTEIN. Terdapat dua jenis tulang dalam tubuh manusia iaitu Tulang Jenis Padat dan Tulang Jenis Span. Tulang Jenis Span sering kali dikesan mengalami kerapuhan seperti di tulang belakang, tulang pinggul dan juga pergelangan tangan. Kerapuhan tulang (Osteoporosis) akan berlaku sekiranya kerosakan dan kehilangan tulang berlaku lebih cepat daripada pemulihannya. Akibatnya tulang menjadi mudah patah, rosak dan lebih sensitif.  TAHUKAH ANDA? Wanita yang berusia kurang dari 30tahun, penggantian dan pembentukkan struktur tulang banyak berlaku dan lebih pantas dari kerosakan yang berlaku. TETAPI tidak bagi wanita yang berusia 30tahun keatas. Proses dinamik tulang berubah di mana kerosakkan serta perlarulatan tulang lebih pantas daripada pemulihannya. PENY

Strok dan Kaedah Rawatannya

Image
STROK! Mendengar sahaja perkataan ini pasti ramai yang takutinya. Gambaran keadaan tubuh badan yang seperti lumpuh,  tangan seperti tertarik merengkuk, kaki tidak dapat digerakkan, mulut atau muka mula sengget atau tertarik ke tepi. Nah! Semua itu gambaran yang jelas berkaitan dengan penyakit STROK. Siapa yang tak takutkan. Bagaimana STROK terjadi? Strok berlaku kepada sesiapa saja, tidak kira peringkat umur dan dalam keadaan yang bagai mana. Sama ada anda seorang yang berpenyakit atau sihat. Strok berlaku apabila saluran darah mula penyempit dibahagian kepala dan menyebabkan penyumpulan darah di salur darah. Keadaan ini mengakibatkan badar beroksigen tidak dapat disalurkan dibahagian otak yang mengawal segala fungsi tubuh badan.  Saluran menjadi sempit antara sebabnya adalah tahap kepekatan kolestrol dalah darah. Pengumpulan kolestrol yang banyak dalam darah boleh mengakibatkan darah menjadi pekat dan menyebabkan anda mendapat tekanan darah tinggi juga. STROK TERB

Siapa yang pegang HATI manusia?

Siapa yang pegang HATI manusia? Jika bukan Si Pemilik Langit dan Bumi Siapa yang pegang hati manusia? Jika bukan Tuhan kepada hamaNya Siapa yang pegang HATI manusia? Jika bukan DIA yang menguasai seluruh semesta alam Siapa yang pegang HATI manusia? Jika bukan Allah s.w.t Allah Ya Allah Allah Ya Rahman Allah Ya Allah Allah Ya Rahim Allah yang mencipta manusia, Allah jualah pemegang  hati manusia. Tunduk patuh pada Allah Sujud rukuk hanya padaNYa Kembalilah wahai jiwa yang rapuh! Hati mu perlu diisi segera! Diisi dengan kembali kepada Tuhannya. Berserahlah wahai jiwa yang kosong! Isilah ia dengan kasih sayang Tuhanmu! Hati ini mahu kembali kepada fitrahnya! Sujud patuh hanya pada Allah yang satu! Ayuh!!! Bangkit segera! Menuju Allah Yang Maha Esa! Allahu akhbar! Subbahnnallah! Walhamdulillah! Walaillahaillah! Allahu akhbar!

4 CARA MUDAH ATASI KEKEJANGAN KETIKA MENGANDUNG

Image
Bissmillahirohmannirohim.... Kejang kaki kerap mengganggu wanita hamil Jika anda ibu mengandung/hamil pasti anda pernah mengalami kekejangan pada mana-mana anggota badan. Atau mungkin saja anda pernah merasai bertapa lenguhnya anggota badan walaupun adan bukanlah melakukan aktiviti yang berat. Mahu pun anda mula merasai kebas-kebas jari jemari. Ia adalah perkara normal yang pasti dilalui oleh kebanyakkan ibu mengandung. Ini adalah disebabkan nutrisi tubuh yang sebelum ini hanya mampu menampung untuk tubuh tunggal iaitu diri sendiri tetapi setelah anda disahkan hamil nutrisi tubuh anda juga secara tidak langsung akan dikongsi dengan si kecil di dalam kandungan. TETAPI harus anda SEDAR bahawa nutrisi tubuh anda kini semakin berkurangan. Ini kerana anda juga perlu berkongsi nutrisi tubuh anda bersama si kecil. Inilah punca utama kenapa anda sering mengalami sakit-sakit anggota badan, kekejangan, kebas-kebas dan lenguh badan. Kurang nutrisi menyebabkan tubuh mula bert

CARA ATASI DEMAM DENGGI

Image
Pada artikel sebelum ini saya telah mencerikatan berkaitan demam denggi dan tanda-tanda demam denggi serta statistik yang telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia . Kali ini saya akan bincangkan pula cara untuk mengatasi demam denggi tapi sebelum itu mari kita kenali Simptom -simptom Demam denggi. Sila rujuk gambar dibawah. CARA MENGATASI DEMAM DENGGI  1.  SUP KETAM -  Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan mengguna

Tanda-tanda Demam Denggi

Image
Pada 2015 sahaja di Malaysia telah mencatatkan peningkatan yang mendadak terhadap kes demam denggi. Terutamanya negeri-negeri yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai negeri waspada denggi. Ini berikutan kes denggi yang direkodnya oleh kebanyakkan hospital-hospital yang menerima pesakit dan melakukan rawatan terhadap pesakit tersebut. Antara berikut adalah jumlah kes yang direkodkan mengikut negeri - negeri di Malaysia setakat bulah Feb 2015 :- Selangor - 6915 kes Perak - 1456 kes Johor - 724 kes WP Kuala Lumpur - 670 kes Pulau Pinang - 622 kes Pahang - 351 kes Sarawak - 336 kes Sabah - 307 kes Kelantan - 260 kes Melaka - 249 kes Negeri Sembilan - 202 kes Terengganu - 183 kes Kedah - 103 kes Perlis - 49 kes WP Putrajaya - 14 kes WP Labuan - Tiada kes Ini baru jumlah kes yang direkodkan, belum lagi kes yang mengalami kematian dari penyakit demam denggi tersebut. Lebih mengejutkan pabila kes kematian seramai 20orang telah dicatatkan

CARA TERUS ISTIQOMAH DALAM KEHIDUPAN SELEPAS RAMADHAN

Image
Alhamdulillah. Ramadhan telah hampir sebulan kita tinggalkan. Masihkah jiwa Ramadhan masih dirasai dalam hati kita semua? Orang kata tepuk dada tanya iman.  Hakikatnya Ramadhan adalah bulan untuk membersihkan jiwa raga, akal fikiran dan sikap kita. Membersihkannya hingga kita sendiri menyukai diri kita yang baharu. Yang luhur hati, yang baik budi.  Ramadhan yang sebenar pasti akan dirasai nikmatnya kepada orang-orang yang benar beriman, yang benar mahu berubah dan berubah, yang sentiasa memperjuangkan diri untuk agama Allah. Beruntunglah mereka kerana merasai nikmat Ramadhan sepanjang hidupnya walau pun selepas bualn mulia tersebut. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sering risau, terlupa, tersasar atau resah gelisah dengan pemergian Ramadhan dan kehadiran Syawal serta bulan-bulan berikutnya. Risau jika tidak lagi mampu menjalani kehidupan seperti di bulan Ramadhan dengan mengaji AlQuran, berzikir sentiasa, berbuat baik sesama insan, bersedekah dan segala kebaikkan l

Petua Hilangkan Batuk Secara Semulajadi

Image
Batuk sejenis penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak, sama ada yang tidak pernah sakit ataupun yang sedang bergelut dengan penyakit lain. Hakikatnya BATUK akan memberi kesan terhadap kesihatan individu terutamanya terhadap tekak, dan dada. Semestinya batuk menyukarkan aktiviti harian. PETUA HILANGKAN BATU SECARA SEMULAJADI 1. LIMAU NIPIS     Limau nipis biasa digunakan untuk buat air. Air perahan limau nipis dicampur dengan air suam dan minum secara perlahan-lahan. Selain itu, limau nipis ini juga boleh dihiris bahagian atasnya, serta mengeluarkan semua air perahan dan bijinya kemudian masukan asam boi didalamnya. Buah beberapa biji dan susun didalam balang kaca. Lapisan pertama susunan limai yang diisi asam boi hendaklah ditabur dengan gula perang/gula biasa. Buat lapisan beberapa kali dan terakhir sekali masukkan semula perahan limau tadi kedalam balang berisi tersebut. Biarkan selama 3minggu. Kemudia boleh digunakan pa

5 Langkah Pencegahan Kolestrol

Image
KOLESTROL Pasti ramai yang tahu dan mungkin ada yang masih keliru tentang kehadiran kolestrol dalam tubuh kita. Kolestrol adalah lebihan lemak yang biasa tubuh akan perolehi dari sumber makanan yang diambil. Kolestrol tidak boleh bergabung dalam darah kecuali ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil sebagai lipoprotein. Terdapat dua jenis kolestrol iaitu lipoprotein berketumpatan amat rendah (VLDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HLD).  Kolestrol LDL terhasil dari metabolisme kolestrol VLDL dalam salur darah. Ia dikenali sebgai kolestrol JAHAT. Manakals kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol BAIK. LDL yang baik dalam tubuh akan menyebabkan saluran darah sempit akibat kolestrol yang melekat dapa diding salur darah. Secara tindak langsung ia banyak menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung, darah tinggi dan strok. 5 LANGKAH PENCEGAHAN KOLESTROL 1. Walaupun anda bertubuh sederhana atau kurus usah fikir tubuh anda senti

Amalan ringkas di Hari Raya

Image
Alhamdulillah..tinggal beberapa hari je lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ok entry hari ini yang akan saya sharekan adalah amalan-amalan ringkas dan menurut Islam dalam meraikan Hari Raya. 1. Meraikan awal Syawal dengan mandi sunnat Aidilfitri diwaktu pagi sebelum keluar rumah menunaikan solat Aidilfitri. 2. Menjamah makanan sebelum keluar. Adalah digalakkan untuk umat Islam mengambil sedikit makanan sebagai alas perut sebelum menunaikan solat Aidilfitri. (takut-takut nanti ade pulak perut yang berbunyi masa solat hehee..) 3. Memperbanyakkan takbir. Takbir boleh dibaca selepas solat Maghrib malam raya. Jadi malam raya tu sepatutnya kita dah boleh perbanyakkan takbir. Sambil-sambil pasang langsir ke, buat kuih raya ke, boleh je mulut pun terus -terusan bertakbir. 4. Mengucapkan selamat dan mendoakan. Setiap umat Islam digalakkan untuk mengucapkan selamat atau kata-kata doa kepada saudaranya yang lain.  5. Memaka

Punca rambut gugur

Image
Assalamualaikum semua. Kali ne saya nak kongsikan sedikit cerita diri sendiri berkenaan rambut gugur. Biasa kita dengan ibu hamil atau yang telah bersalin sering mengalami gambur gugur. Tetapi hakikatnya semua orang akan mengalami rambut gugur. Secara puratanya manusia akan mengalami keguguran rambut sebanyak 50 - 100 helai rambut sehari. Ini dikira normal oleh kebanyakkan pakar. Tetapi jika anda mendapati setiap kali bangun tidur terdapat banyak rambut gugur atau ketika menyikat rambut anda dapati segenggam rambut berada disikat itu luarbiasa.  Ketika saya berlajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS), ini merupakan kali pertama saya tinggal luar dari rumah mak hehee....Entah macam mane dalam minggu pertama lagi dah perasan. Setiap kali bangun tidur rambut mesti banyak atas bantal. Mula-mula buat tak tau je...tapi lama-lama jadi risau pulak. Dah kenape?...ade sakit ke aku ne?....So bila kaji-kaji baru perasan rupa-rupanya saya sangat alah dengan air. Ya air disana (tempat pen

Cara atasi masalah bengkak gusi

Image
Bengkak gusi sering menjadi igauan ngeri Bengkak gusi seringkali menyerang kebanyakkan daripada kita. Kehadirannya yang dapat dirasai dengan kesakitan yang menyucuk-nyucuk sehinggakan kadangkala menarik dibahagia kepala. Sebab itu, biasanya orang berkata 'berhati-hati dengan orang yang sedang mengalami sakit gigi atau gusi'. Boleh jadi gaduh! Heheee.... Ok. Berbalik kepada bengkak gusi. Ia terjadi disebabkan berberapa faktor, antaranya:- 1. Ginggivitis. Ginggivitis atau radang gusi adalah antara penyebab utama bengkak gusi. Ia terjadi apabila kebersihan mulut sering diabaikan. Apabila ini berlaku sisa makanan yang tertinggal dicelah-celah gigi akan membentuk plak yang disebabkan oleh bakteria. Plak yang terlalu lama atau melebihi 3 hari boleh menyebabkan terhasilnya karang gigi dan bila ia tertumpul akan menyebabkan radang gusi serta akhirnya akan membawa kepada bengkak gusi. Karang gigi sangat sukar dibersihkan walaupun kita menggunakan flossing. 2. Kehami